Insan & Komuniti 07 Jan, 2023

Video| Suami sendiri tangkap isteri berkhalwat dengan ketua kampung! Warga desak pelaku lepas jawatan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

GURU terbabit memakai kain berkemban dipercayai bersembunyi di bilik air ketika suaminya dan polis menyerbunya akibat berselingkuh dengan ketua kampung di sebuah hotel di Kebumen, Jawa Tengah. - Kredit foto: Instagram


KECURANGAN seorang isteri yang juga guru sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab apabila suaminya sendiri bernama HW menangkap isterinya dalam keadaan kain berkembam dipercayai berselingkuh atau berkhalwat dengan Ketua Desa (Kades/Ketua Kampung) di sebuah hotel di Kabupaten Kebumen, Jawa Tengah, baru-baru ini. 

Dalam kejadian yang berlaku pada malam sambutan tahun baharu 2023 lalu, guru terbabit bernama MFT  bertugas di sebuah Sekolah Dasar (rendah) di Magelang di wilayah itu yang sedang  bersembunyi di bilik air di hotel itu begitu terkejut dengan kehadiran suaminya bersama anggota polis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kes-kes berselingkuh

KETUA kampung berada di dalam bilik ketika pintu bilik hotel dibuka. - Kredit foto: Instagram



Portal Tribunnews.com pada 4 Januari 2023 lalu dipetik melapor, perbuatan curang MFT itu sudah lama dicurigai tetapi suaminya tidak mempunyai bukti yang nyata untuk bertindak . 

Sebelum kejadian, suaminya telah mengekori MFT yang keluar dari rumah untuk pergi ke hotel tersebut di Kecamatan Kejoran  tanpa pengetahuan isterinya.

Setelah mempunyai bukti yang cukup, HW telah menghubungi Balai Polis Kebumen untuk menangkap isterinya dipercayai akan berselingkuh dengan seorang lelaki.



Video perselingkuhan antara MFT dan Kades dari sebuah desa di Magelang yang bernama BS berstatus duda mempunyai dua orang anak itu viral dalam media sosial.

Dalam video yang berdurasi selama satu minit itu memperlihatkan BS memakai baju dan berseluar pendek ketika serbuan dilakukan oleh anggota polis dan suaminya di hotel itu.

Dalam masa yang sama, MFT yang juga mempunyai dua orang anak itu sedang bersembunyi di bilik air tanpa pakaian dengan memakai kain batik berkemban yang  memalukan. 

Sebelum itu, pada video tersebut kelihatan anggota polis dan HW menaiki tangga hotel menuju ke bilik yang disewa oleh kedua pelaku itu untuk melakukan perbuatan maksiat.

Pintu bilik beberapa kali diketuk sebelum BS membukanya dan video itu dipercayai dirakam oleh suami guru itu.


Kredit foto: Instagram


Sementara itu, Ketua Polis Kebumen, AKP Kadek Pande Apridya Wibisana mengesahkan kejadian tersebut seperti viral dalam media sosial itu. 

Menurutnya, kes tersebut masih dalam siasatan selepas HW membuat laporan polis berikutan tangkapan khalwat terhadap kedua pelaku terbabit.

Jika disabit dengan kesalahan, mereka boleh didakwa dibawah Pasal 28  Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) yang membawa hukuman empat tahun penjara. 


Kredit foto: Instagram 


Dalam pada itu, detik.com pada 7 Januari 2023 melaporkan bahawa BS akan melepaskan jawatannya setelah warganya mendesak dia memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang mengaibkan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Dalam surat yang ditulis dengan tangan kepada Pegawai Daerah Magelang menerusi Ketua Kecamatan Kejoran, BS bersedia berundur diri daripada jawatan Kades itu selain dia juga meminta maaf dengan kesilapannya melakukan perbuatan terkutuk dengan isteri orang yang turut memalukan warga setempat.

Sementara MFT dikatakan bakal dikenakan tindakan dari Pejabat Pendidikan dan Kebudayaan Magelang dan MFT berasal dari guru sandaran sebelum diserap ke jawatan guru tetap pada April 2022. - KitaReporters


 

10
13
0
8
0
You will be interested