Insan & Komuniti 15 Aug, 2024

Video| Pelanggan ditetak tukang gunting rambut dengan parang! Gara-gara tak puas hati hasil guntingan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Dalam perniagaan, kehendak pelanggan perlu diutama. Namun terdapat golongan peniaga enggan menerima teguran pelanggan sehingga meluahkan kemarahan dan menyebabkan melakukan perkara berbentuk jenayah.

Seorang tukang gunting rambut dikenali sebagai AW, 44, berang apabila pelanggan dikenali sebagai Agus, 29, tidak puas hati dengan cara guntingannya dan minta dibetulkan bahagian tertentu.

Namun AW enggan melakukannya. Lalu berlaku pergeseran mulut sehingga melibatkan tindakan fizikal.



Perbalahan berlaku di dalam kedai gunting milik AW di di Kecamatan Bahodopi, Morowali, Sulawesi Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 2024, kira-kira jam 3 petang.

Setelah berlaku pertengkaran beberapa minit, Agus keluar dari kedai, namun AW tetap tidak puas hati. Lalu dia mengambil sebilah parang di kedainya dan mengejar Agus yang sudah berjalan di pinggir jalan.

AW yang sudah hilang pertimbangan lalu menetak Agus beberapa kali.



Ia membuat sejumlah orang ramai yang berada di jalan itu berteriak histeria. Agus segera dibawa ke sebuah klinik dan kemudian dirujuk ke hospital kerajaan.

Akibat kejadian itu, Agus menerima 31 jahitan dengan 13 jahitan pada dada dan 18 jahitan pada kaki kiri serta jari kelengkeng kanan terputus



Ketua Bahagian Jenayah Polis Daerah Morowali Agus Salim mengesahkan kejadian itu. AW kini menjadi buruan polis setelah melarikan diri setelah kejadian.

Peristiwa itu bukan sahaja menjadi bualan penduduk setempat, malah ia tular di seluruh Indonesia setelah video kejadian itu tersebar dalam pelbagai media sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters

9
15
0
16
0
You will be interested