Insan & Komuniti 24 Dec, 2024

Video| Tabik spring tuan! Pegawai polis sanggup jadi pengutip barang buangan! Elak terima rasuah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) diingati setiap tahun pada setiap 9 Disember bagi memperlihat pentingnya kegiatan memberi dan menerima rasuah perlu dibanteras.

Kegiatan rasuah memang sukar untuk dibanteras  secara total, namun usaha perlu dijalankan untuk meminimumkan kegiatan itu. Dan kebanyakan negara mempunyai badan atau agensi bagi membanteras amalan rasuah seperti di Malaysia, kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rasuah adalah kesalahan berat hingga menyebabkan ada negara yang memberi hukuman mati terhadap pesalah rasuah terutama pegawai kerajaan.

Di Indonesia rasuah juga masalah besar di negara itu. Tidak mematuhi integriti bukan sahaja melibatkan golongan politik malahan juga pegawai dan kakitangan kerajaan terutama yang melibatkan anggota berpakaian seragam seperti polis.


Seladi menjadi pemulung setelah selesai menjalankan tugas sebagai anggota polis

Seorang pegawai polis di Malang, Jawa Timur bernama Seladi menjadi tokoh inspirasi sempena Hari Antikorupsi Sedunia 2024 (Hari Antirasuah Antarabangsa 2024). 

Ini kerana Seladi menjadi tokoh kebanggaan Polis Republik Indonesia (Polri) kerana mampu mengelak rasuah ketika bertugas walaupun peluang terbuka luas.

Seladi yang lahir pada 1977 dan menjadi polis selama 16 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Brigadir Kepala atau Ketua Bahagian Lalu Lintas Ibu Pejabat Polis Malang Kota.

Seladi kini mempunyai gudang menyimpan barangan terpakai

Menurut Seladi selama 16 tahun menjadi polis, dia terdedah dengan tawaran melakukan rasuah daripada pelbagai pihak, namun kerana iman dia mampu menolak suapan.

Ketika itu imannya teruji apabila dia mempunyai masalah banyak hutang keliling pinggang melibatkan sejumlah saudara-mara dan jiran-jirannya. Namun dia tetap mempertahan dirinya agar bebas daripada rasuah dan perlu memberi rezeki kepada keluarga dengan sumber yang halal. 

Seladi menunjukkan sebahagian gambar bersama keluarga

Lalu tanpa rasa malu, Seladi sanggup menjadi pengutip barangan terpakai atau menjadi pemulung sebaik tugas harian sebagai pegawai polis selesai.

Walaupun kerja sebagai pemulung namun Seladi lebih selesa melakukannya kerana mendapat sumber halal antara  Rp50,000 - 75,000 (kira-kira RM1.50 – RM2.20) sehari untuk menyara hidup keluarganya. Serta dapat menyelesaikan hutang-hutang walaupun mengambil masa yang agak lama.



Dilahir pada 1977, Seladi menjadi anggota dan pegawai polis selama 16 tahun dan pencen pada 2017 dengan jawatan akhirnya Brigadir Kepala atau Ketua Bahagian Lalulintas Ibu Pejabat Polis Malang Kota.

Selepas pencen, selain mempunyai wang pencen, dia tetap menjadi pemulung untuk menambah pendapatan.

Ayah kepada tiga anak ini kini tinggal di Gadang, Kota Malang, Jawa Timur. Anak keduanya, Rizal Dimas Wicaksono mengikuti jejaknya menjadi polis dan kini bertugas di Surabaya. Dan Seladi tetap mengingatkan anaknya agar mengutamakan integriti dalam menjalankan tugas.

Masih meneruskan kerja sebagai pemulung, Seladi kini sudah memiliki gudang untuk mengumpul dan membahagikan barang  bekas yang dikumpul.

Seladi ketika berugas sebagai polis trafik

Malah Seladi kini menjadi tauke apabila menjadi pembeli barang-barang bekas daripada pemulung-pemulung lain.

Seladi kini mampu hidup selesa sebagai tauke pemulung dan membuktikan sebahagian barangan terpakai boleh diguna semula dan dijual semula dan memberi pendapatan tambahan.


Dalam pertemuan dengan sejumlah pengamal media, Seladi menyatakan pendedahan yang dibuatnya bukan untuk membangga diri, sebaliknya untuk menjadi inspirasi rakan-rakan polis untuk menjalankan tugas dengan amanah dan mengelakkan rasuah bagi memberi makan keluarga daripada sumber yang halal.

Seladi pernah menerima penghargaan dari  Ketua Polis Indonesia (Kapolri) Jenderal Tito Karnavian kerana menjalankan tugas penuh integriti. - KitaReporters

8
10
0
11
0
You will be interested