Insan & Komuniti 09 Nov, 2024

Video| Kenal tak? Penyagat lejen pelbagai fungsi! Ingat ada 2 fungsi je! Tak sangka ada yang lain!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Barang-barang dan peralatan lama atau bahasa pasarnya orang panggil barang ‘lejen’ mungkin kurang dikenali buat masyarakat masa kini. Mungkin ada yang tidak pernah melihatnya. Walaupun kurang dikenali, namun masih banyak kedai yang menjualnya. Mungkin peralatan tersebut tidak popular maka ia dianggap tidak wujud lagi.

Barang atau peralatan moden yang ringkas dan pantas sering menjadi pilihan masyarakat masa kini. Contohnya peralatan dapur. 

Pelbagai jenis peralatan dapur moden di pasaran menjadi kegemaran ramai. Namun, masih ramai juga yang suka menggunakan peralatan lama kerana ia lebih nostalgia dan murah.



Sungguhpun begitu, ada juga yang masih tidak tahu fungsi peralatan yang selama ini mereka guna.

Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita. Dia mengaku selama ini hanya tahu fungsi peralatan tersebut setakat dua fungsi sahaja. Namun, tidak sangka fungsi peralatan tersebut lebih daripada itu.

Peralatan tersebut adalah penyagat lejen yang sering digunakan oleh emak-emak satu ketika dulu. Penyagat ini berfungsi untuk menyagat bawang, pisang atau ubi kentang menjadi nipis seperti kerepek. 

Selain itu, ia juga berfungsi untuk memerah lemon atau limau. Malah, di bahagian bawahnya pula untuk menyagat ubi kentang, ubi kayu dan lobak menjadi jejari.



Menurut wanita yang dikenali sebagai Laila Aziz ini, selama ini dia tidak tahu bahawa bahagian tengah iaitu di bawah pisau penyagat itu juga berguna untuk menyagat pelbagai jenis sayuran keras menjadi hancur.

“Siapa baru tahu, ke Laila yang lambat tahu ni,” tulisnya ringkas.



Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada netizen. Ada yang tahu dan sebaliknya. Maka, ramailah yang berkongsi fungsi bahagian yang lain-lain. 

Begitulah emak-emak, hanya satu peralatan dapur, dapat menghiburkan dan berkongsi ilmu.



“Selama ni tahu yang sagat kentang dengan pemerah lemon tu je yang lain tak tahu. Nak kena pergi beli pula penyagat legend ni,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga netizen yang tahu lebih daripada beberapa fungsi. Dia tidak kedekut untuk berkongsi dengan orang lain.

“Bawah tu boleh buat potong puding,” kongsinya.



Video yang dikongsi oleh wanita ini mendapat 253.5 ribu jumlah tontonan. 

Okaylah, lepas ni penulis nak kongsi video lesung batu pulalah. Selain berfungsi membuat sambal belacan, anak lesung juga berfungsi untuk mengetuk air batu menjadi ketulan kecil. 

Mana tahu, video tersebut mendapat ratusan ribu tontonan juga. Senyum lebar penulis. - KitaReporters


13
8
0
12
0
You will be interested