Insan & Komuniti 01 Feb, 2024

Hari Hijab Terengganu! Meriah Pantai Teluk Mok Nik, Cukai! 3 Feb 2024! Indahnya Hidup Bersyariat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


PROGRAM Hari Hijab Terengganu (Terengganu Hijab Day) bakal dilaksanakan dijangka meriah dengan kehadiran wanita Muslimat yang bersopan dan apabila penampilan berhijab dan sangat tepat pada masanya dalam keadaan negeri ini melaksanakan tema "Indahnya Hidup Bersyariat". 

Program yang akan diadakan pada Sabtu 3 Februari 2024 di Pantai Teluk Mok Nik, Cukai, Kemaman ini adalah acara tahunan untuk golongan Muslimat.


\

Sekumpulan wanita Terengganu menunjukkan poster menyokong Program Hari Hijab Terengganu 


Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) KT Care, Azizah Mahmood berkata, program tersebut mencerminkan komitmen negeri untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dan berlandaskan nilai-nilai syariah. 

"Mengajak kaum wanita ke arah yang lebih baik sejajar dengan Dasar Wanita Terengganu yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan  Negeri, Hanafiah Mat dulu," jelasnya. 

“Wanita yang menutup aurat itu, memang belum tentu dijamin syurga buatnya, tapi setidaknya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga," katanya.



MasyaAllah.... Indahnya Berhijab bagi seorang wanita Islam.


"Justeru itu, program sebegini amat bagus untuk mendidik wanita Muslimah tentang batas dan juga aurat.

"Tanggungjawab kerajaan negeri menjadikan negeri Terengganu patuh syariah dan tanggungjawab rakyat untuk mematuhinya," ujar beliau lagi.

Tambahnya, Terengganu Hijab Day merupakan tahun keempat diadakan oleh NGO berkenaan. - KitaReporters


12
15
0
12
0
You will be interested