Insan & Komuniti 10 Feb, 2026

Video| Peniaga terkejut jumpa plastik berbalut di kedai baharu! Ada kata wafak! Boleh jatuh syirik!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Dalam dunia perniagaan, ramai sanggup melakukan apa sahaja demi melihat jualan meningkat. 

Ada yang memilih cara halal melalui doa dan usaha, namun ada juga yang tergelincir dengan jalan batin seperti menggunakan pelaris dan wafak.



Wafak ialah susunan huruf, nombor atau ayat tertentu. Ia selalunya ditulis dalam bentuk rajah dan tulisan Jawi atau Arab yang digunakan oleh sesetengah pihak dengan tujuan tertentu seperti pendinding, pelaris, pemikat atau perlindungan batin.

Asalnya, ada wafak yang disusun daripada ayat al-Quran atau Asmaul Husna, namun masalah timbul apabila ia digunakan dengan kepercayaan bahawa wafak itu sendiri mempunyai kuasa atau melibatkan bantuan jin dan makhluk halus.

Dalam Islam, jika wafak dijadikan sandaran selain Allah SWT atau diyakini mampu memberi kesan secara ghaib, maka ia boleh jatuh kepada khurafat dan syirik, kerana rezeki, perlindungan dan kejayaan hakikatnya hanya datang daripada Allah SWT.



Walaupun sesetengah pihak menganggapnya sekadar ikhtiar, hakikatnya kepercayaan terhadap tangkal dan bantuan makhluk ghaib boleh membawa kepada khurafat dan syirik.

Satu perkongsian dalam media sosial pada awal Februari 2026 lalu mengundang perhatian ramai apabila seorang peniaga menemui satu objek misteri di pintu masuk kedai baharunya. 

Apa yang berlaku selepas itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.



Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Myranun, pemilik kedai Preloved UK di Tg Minyak Perdana, Melaka, memuat naik satu gambar bersama kapsyen:

“Ada sesiapa tahu ni apa? Jumpa betul atas pintu masuk kedai. Plastik ni ber’seal’. Pelaris ke? Pelindung ke? Fyi, kita orang pindah masuk kedai baharu,” tulisnya meminta pendapat orang ramai.

Menurutnya, plastik kecil itu dilekatkan betul-betul di bahagian atas pintu. Ia kelihatan seperti sesuatu yang disengajakan, bukan tertinggal secara tidak sengaja. 

Dia juga meluahkan kebimbangan terhadap bungkusan misteri itu. 

“Serious question korang, benda ni takkan ganggu kita sebagai penyewa baharu kan? Kita tiada kaitan apa-apa kan?” soalnya kebimbangan. 



Perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang menasihatkan supaya tidak ambil peduli, ada pula yang memberi amaran tentang kemungkinan ia adalah wafak atau tangkal pelaris. 

“Kalau kau percaya benda ni pelaris ke tangkal guna-guna ke kau dah tak percaya rezeki Allah. Better dgaf about it. Tak kira lah wafak ke apa ke, jangan percaya benda tu,” tegas seorang netizen.


 



Sementara itu seorang netizen menasihati agar tidak sebarangan buka kerana dikhuatiri mempunyai penjaga. 

“Wafak biasanya tapi jangan sebarangan buka, takut benda tu ada penjaga/khadam dia. Minta ustaz tolong tengok,” sarannya.

Begitu juga dengan seorang lagi netizen yang berkongsi pengalamannya. 

“Pelaris rasanya. Apabila buka akan ada macam asap keluar. Berdasarkan pengalaman, teman ustaz saya tolong pagar kedai makan baharu. Buka kemudian bakar je sampai tinggal abu. Wallahuaklam,” ceritanya.



Dalam dunia yang penuh persaingan, biarlah kita memilih kejujuran, doa dan keberkatan sebagai pelaris sebenar. Rezeki yang diberkati lebih bernilai daripada keuntungan yang diperoleh dengan cara yang meragukan.

“Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” (surah At-Talaq: 3). Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan membuka mata kita semua. - KitaReporters



16
7
0
12
0
You will be interested