Insan & Komuniti 25 Dec, 2025

Madani santuni Kampung Angkat! RM600k untuk Kampung Bukit Pulau! Sebagai usaha Madani Santuni SWCorp!

Share this

Santuni Madani merupakan program kerajaan Madani yang memberi banyak manfaat kepada kampung-kampung angkat melalui kerjasama agensi kerajaan mahupun pihak swasta.



Program Santuni MADANI SWCorp tetap memberi perhatian terhadap kebersihan kampung angkat.

Sejajar dengan itu SWCorp telah menganjurkan program Santuni Madani Kampung Bukit Pulau Siri 3 tahun 2025 yang menyaksikan pelancaran projek pembangunan Kampung Bukit Pulau di Melaka pada 21 Disember 2025.

Sebagai kampung angkat SWCorp, maka Kampung Bukit Pulau terus menerima manfaat melalui pelaksanaan program Santuni Madani siri 1 dan 2 melibatkan pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi seperti penubuhan Rumah Kompos dan Taman 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang dilaksanakan bersama komuniti.


Setiap kawasan akan dipantau dan diberi perhatian serius.

Pelbagai pihak termasuk agensi swasta seperti SWCorp turut serta menjayakan aspirasi kerajaan Madani melalui Santuni Madani.

Komuniti turut didedahkan dengan kaedah pemprosesan sisa makanan kepada baja organik menggunakan kaedah Takakura.

Inisiatif ini menyumbang kepada pengurangan sisa pepejal di samping membuka potensi perjanaan pendapatan dan keusahawanan hijau dalam kalangan penduduk.

Dalam usaha tersebut, Kampung Bukit Pulau akan menerima mesin kitar semula berasaskan plastik dan kaca bagi penghasilan cenderahati.


Ia turut memberi perhatian sekiranya melibatkan kebajikan penduduk termasuklah dalam kediaman penduduk kampung.

Lebih menguntungkan pada tahun 2026, peruntukan sebanyak RM600,000 khusus untuk pembangunan Kampung Bukit Pulau merangkumi pelaksanaan projek infrastruktur dan komuniti secara berfasa diumumkan oleh SWCorp.

Ia termasuklah pembaikan rumah asnaf, penyediaan Rumah Kompos Pintar, menaik taraf Taman 3R, pembangunan semula pintu gerbang kampung, menaik taraf tandas bertaraf bersih, menawan dan wangi (BMW), pemasangan papan tanda 3R serta penganjuran lawatan penanda aras.

Secara keseluruhannya, program Santuni Madani mencerminkan komitmen dan hasrat SWCorp dalam mendukung aspirasi kerajaan Malaysia Madani. - KitaReporters


Sampah sarap dan pembersihan tetap menjadi fokus utama melalui program Santuni Madani SWCorp.

10
8
0
7
0
You will be interested