Insan & Komuniti 06 Aug, 2025

Nak Bersalin! Nak yang patuh syariah! Ayuh ke DBM-Pusrawi, Kota Damansara! Patuh syariah sepenuhnya!

Share this

Umat Islam khususnya ibu mengandung kini sudah tidak perlu gusar mencari pusat bersalin yang patuh syariah kerana Hospital Bersalin & Poliklinik DBM-Pusrawi di Kota Damansara kini memudahkan para ibu mengandung dan bayi serta orang ramai mendapat khidmat kesihatan yang patuh syariah sepenuhnya. - KitaReporters


Hospital DBM-Pusrawi di Kota Damansara senantiasa menggamit ibu mengandung dan pesakit luar.
Staf yang senantiasa tersenyum menyambut ketibaan ibu mengandung dan bayi di wad bersalin.

Umat Islam khususnya ibu mengandung kini sudah tidak perlu gusar mencari pusat bersalin yang patuh syariah kerana Hospital Bersalin & Poliklinik DBM-Pusrawi di Kota Damansara kini memudahkan para ibu mengandung dan bayi serta orang ramai mendapat khidmat kesihatan yang patuh syariah sepenuhnya.

Hospital DBM-Pusrawi, Kota Damansara menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja bagi ibu mengandung tetapi juga bagi bayi sama ada sebelum mahupun selepas bersalin.


Bilik operasi sedia ada di Hospital DBM-Pusrawi, Kota Damansara.

Sebahagian lagi bilik operasi yang ada bagi kemudahan pesakit dan ibu mengandung.

Rosidah Abu Bakar, Eksekutif Operasi DBM Medical Group ketika ditemui berkata, khidmat 24 jam disediakan termasuk ambulans bagi memudahkan para pesakit. 

"Keselesaan sewaktu bersalin merupakan satu pengalaman yang sangat peribadi dan fasa penting bagi para ibu, terutama wanita Muslim.

"Hospital DBM-Pusrawi mempunyai pengalaman agak lama dan komited dalam menyediakan keselesaan para ibu yang mengutamakan privasi, ketenangan dan rasa hormat dalam suasana tuntutan agama Islam.

"Selain daripada itu, kemudahan lain yang turut disediakan ialah servis keguguran (sekiranya kandungan tidak menjadi), terdapat khidmat masalah sakit puan serta juga rawatan kesuburan," jelas beliau.


Zolkifly Md Lazim dan Dr Rosnah Abu Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif DBM Medical Group, yang juga isteri Zolkifly, melihat bilik dan kemudahan bayi sedia ada.

Manakala Presidennya, Zolkifly Md Lazim pula berkata, Hospital DBM-Pusrawi senantiasa melaksanakan dan menyediakan khidmat rawatan ibu mengandung dan bayi mengikut lunas Islam sama ada sebelum mahupun selepas bersalin.

"Pelbagai jenis bilik disediakan bagi kemudahan ibu mengandung mahupun suami atau famili yang ingin menemani pesakit di Hospital DBM-Pusrawi.

"Antaranya ialah bilik yang mempunyai 1 katil, 2 katil ataupun 3 katil juga disediakan di DBM-Pusrawi. Turut disediakan ialah seluar tutup aurat khas bagi ibu bersalin sekiranya diperlukan.

"Khidmat lain yang terdapat di sini ialah servis Ultra Sound 3D & 4D, detail scan, NT Scan, Breast Scan, Thyroid Scan, Abdomen Scan, Combo Scan dan beberapa jenis scan ( yang lain," tambah beliau.


Antara bilik pengawasan bayi sedia ada di Hospital DBM-Pusrawi, Kota Damansara.

Malah jelasnya, setakat ini terdapat tiga cawangan Hospital DBM di Selangor iaitu DBM Klinik dan Bersalin di Batu Caves, DBM Klinik dan Bersalin di Bukit Raja, dan Hospital Bersalin & Poliklinik DBM-Pusrawi di Kota Damansara.

Sementara itu di Pulau Pinang pula terdapat cawangan DBM Hospital di Permatang Pauh dan DBM Klinik & Bersalin di Batu Maung di bahagian Pulau.

Pakej yang disediakan termasuklah pakej Premium dan VIP yang memberi pelbagai pilihan kepada ibu bersalin dan juga bayi yang dilahirkan.

Pilihan pakej yang pelbagai turut disediakan seperti Single Deluxe, Double Deluxe dan Triple Deluxe yang merangkumi pelbagai kemudahan untuk ibu dan bayi yang bersalin.

Sehubungan itu para ibu mengandung dan orang ramai boleh mendapatkan khidmat bersalin patuh syariah  Hospital DBM-Pusrawi, Kota Damansara di alamat 22, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. - KitaReporters 


Zolkifly berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Hospital DBM-Pusrawi, Kota Damansara.

Zolkifly bersama Dr. Rosnah semasa perasmian Hospital DBM-Pusrawi di Kota Damansara.

18
17
0
8
0
You will be interested