Insan & Komuniti 10 Sep, 2023

Video| Krisis perubatan! Perang berterusan, pesakit terseksa! Pusat dialisis tak terurus, ubat habis!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


Keadaan pusat dialisis di Sudan sesak berikutan banyak lokasi berdepan kemusnahan berikutan peperangan terbaharu yang melanda sejak April 2023 lalu. 


RASANYA semua mengetahui perjalanan individu yang menghadapi penyakit buah pinggang tidaklah ‘sebebas’ individu lain, jadualnya lebih terikat untuk menjalani dialisis beberapa kali dalam tempoh tertentu.

Bagi masyarakat di negara aman seperti kita, syukur semuanya selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan dan pihak swasta..

Namun berbeza di Sudan, negara yang hampir lima bulan telah berperang sangat menguji pesakit berkenaan.


Kekurangan ubat-ubatan di pusat menyebabkan pasukan perubatan kini bimbang untuk masa depan pesakit-pesakit yang memerlukan.


Memetik middleeastmonitor.com, pada 7 September 2023, keadaan perang sangat memberi kesan kepada golongan ini, berikutan tidak mampu untuk berhijrah dan mencari tempat selamat berikutan terpaksa bergantung kepada sisi dialisis.

Lebih parah mereka terpaksa berdepan cabaran hebat termasuk gangguan bekalan elektrik, kekurangan ubat-ubatan dan cecair intravena, serta kerosakan mesin dialisis.

Malah sektor kesihatan di negara itu juga berada dalam keadaan huru-hara sejak pertempuran bersenjata antara dua puak tentera negara itu meletus pertengahan April 2023 lalu.



Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, kira-kira  8,000 pesakit buah pinggang memerlukan 70,000 sesi dialisis setiap bulan.

Pada pertengahan Ogos lalu, empat pesawat tiba di Sudan membawa 62 tan bantuan perubatan dari Qatar, termasuk ubat-ubatan untuk pesakit buah pinggang dan kanser.

Menteri Kesihatan, Haitham Mohamed Ibrahim berkata, pada masa itu bantuan sangat diperlukan termasuk ubat-ubatan untuk 20,000 sesi dialisis untuk pesakit buah pinggang.


Haitham Mohamed Ibrahim berkata, pada masa itu bantuan sangat diperlukan termasuk ubat-ubatan untuk 20,000 sesi dialisis untuk pesakit buah pinggang.


Seorang pegawai perubatan di pusat dialisis di bandar pelabuhan sudan, Dr Wafaa Abdullah memberitahu, pusat  itu mengalami kekurangan ubat dan kerosakan mesin yang teruk.

Berkongsi cerita Dr Wafa memberitahu, permulaan perang telah menyaksikan kehadiran ramai pesakit di pusat berkenaan terutama daripada negeri yang terjejas teruk.

Katanya lagi, ubatan-ubatan semakin berkurangan dan cecair intravena yang dikhusus untuk pesakit buah pinggan telah kehabisan.



Bukan itu sahaja katanya, kakitangan kesihatan juga mula melarikan diri berikutan ketiadaan gaji yang tidak dilunas sejak lima bulan lalu.

Sementara itu, seorang pesakit, Ahmed Youssef yang menerima rawatan di pusat itu berkata, terdapat kesesakan yang teruk di dalam pusat sekali gus menjejaskan rawatan yang diterima. - KitaReporters


 

12
8
1
16
0
You will be interested