Insan & Komuniti 18 Feb, 2023

Terima kasih abang! Ajak main game viral! Dapat tip RM500! Bantu pemandu Grab kumpul duit kahwin!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BAGI pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga antara salah satu ujian yang perlu ditempuh adalah kewangan yang perlu dikumpulkan untuk diberikan kepada pasangan hidupnya iaitu wang hantaran. Ia tidak mudah dan memerlukan pengorbanan serta usaha untuk mencari wang hantaran untuk dihadiahkan kepada wanita tersebut.

Tular sebuah video TikTok sepasang kekasih mendapat tips RM500 daripada seorang pelanggan telah mendapat perhatian ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wang hantaran


Apa yang dapat dilihat daripada video tersebut apabila pelanggan yang dihantar makanan membuat permainan yang sedang viral dalam TikTok.

Rider tersebut disuruh pilih kertas yang dipegangnya iaitu sehelai kertas bertulis RM100 dan sehelai lagi bertulis RM500 iaitu di bahagian atas atau bawah.

Apa yang membuatkan video ini menjadi perhatian ramai apabila lelaki tersebut pada mulanya dilihat memilih kertas bahagian atas yang bertulis RM100 namun lelaki tersebut menyuruh beliau untuk membuat pilihan semula.

Kemudian rider ini menyuruh kekasihnya untuk memilih dan beliau memilih bahagian bawah dan menerima tip sebanyak RM500.

Mereka berdua berasa sangat terkejut kerana tip yang diberikan sangat banyak. 

Daripada video tersebut lelaki tersebut menerangkan bahawa beliau membawa Grab sepenuh masa untuk mengumpul duit kahwin.



Rata-rata netizen yang melihat video ini memuji lelaki yang memberikan tip yang banyak kepada pasangan ini kerana memberi mereka untuk memilih semula.



Terima kasih kerana sudi membantu pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. - KitaReporters

17
17
0
6
0
You will be interested