KALAU dah nama pun kanak-kanak memang suka bermain sampai tak ingat dunia langsung kerana masa inilah mereka menikmati saat-saat gembira tanpa memikirkan masalah kehidupan.
Lagi-lagi budak-budak yang dibesarkan di kampung, mereka boleh menikmati suasana alam dengan bebas dan melakukan pelbagai aktiviti dengan kawan-kawan berbanding mereka yang menetap di bandar yang hanya dibenarkan untuk bermain di taman permainan.
Sebuah video memaparkan kisah seorang budak yang melucukan hati semua orang yang melihat video ini kerana satu badannya berlumuran dengan lumpur sehingga menjadi tanda tanya buat orang ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan basikal-basikal
Kelihatan budak lelaki tersebut berbasikal dengan semangat sambil memegang sepaket mi Maggi yang membuatkan ramai orang terhibur.
"Mari mana adik? kata orang yang merakam video ini. "Beli Maggi," katanya.
Budak tersebut penuh dengan lumpur satu badannya sambil mengayuh basikal.
Rata-rata netizen yang melihat video ini geli hati dengan telatahnya kerana teringat zaman kanak-kanak masa di kampung dahulu.
Agak-agaknya adik ini berkumbang dekat lumpur manalah tu kan sampai biji mata pun dah tak kelihatan. - KitaReporters