Insan & Komuniti 30 Jan, 2021

Tolong kami! Bantu Noor Ain jaga adik sakit ketumbuhan otak! Ayah pula sakit tiga serangkai!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

NOOR AIN MOMIN


Setiap peristiwa yang menimpa (berlaku) dalam kehidupan kita merupakan ujian Allah.

Perlulah kita jalani dengan penuh tabah, syukur dan istiqamah dengan banyak beramal serta berdoa untuk memohon pertolongan-Nya serta memperoleh keberkatan setiap tugas yang kita telah usahakan.

Bagi seorang wanita, Noor Ain Momin, 27, kini berdepan dengan tanggungjawab mulia selain menjaga bapanya, Momin Mat Rejab, 76, dia jugalah menggalas tugas melunaskan kebajikan adiknya, Muhammad Ridwan Momin, 26, yang mengalami ketumbuhan pada otak (brain tumor) sejak empat tahun lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Tolog Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami



Sepatutnya Noor Ain yang tinggal di No. 318, Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut dalam usia berkenaan tanpa sebarang tekanan yakni bahagia bersama  keluarga dan kerjayanya, tetapi kini rutin harian wanita itu hanya memberikan tumpuan kebajikan serta penuh kasih sayang terhadap adiknya, Muhammad Ridwan.

"Saya mengutamakan kebajikan adik (Muhammad Ridwan ) sepanjang masa seperti menyediakan makan minum, ubat, pakaian, membersihkan badan, memakai lampin pakai buang termasuk menjaga ketika menjalani pembedahan di hospital," katanya di Felda tersebut pada 29 Januari 2021.

Menurut Noor Ain, dia hanya bekerja mengambil upah menjahit baju dengan pendapatan tidak seberapa, iaitu purata RM300 sebulan bagi menyara serta menampung keperluan kebajikan adiknya dan keluarga.

Katanya, menyingkap peristiwa bagaimana mula Muhammad Ridwan anak keenam dari tujuh beradik keluarga itu dikesan mengalami penyakit tersebut apabila adiknya tiba-tiba terjatuh di rumah dan mengalami pengsan.


Muhammad Ridwan Momin yang mengalami ketumbuhan otak ketika selepas menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. - Foto dengan izin Noor Ain.


"Lantas, kami membawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memberitahu adik saya mengalami  ketumbuhan otak dan mula menjalani pembedahan pertama pada 22 Mei 2017.

"Saya berbelanja hampir RM1,500 ketika menjaga dia lebih daripada seminggu tinggal di wad hospital tersebut selepas pembedahan serta pemulihan sebelum dibawa pulang ke rumah," katanya.  

Dia berkata, Muhammad Ridwan mengulangi pembedahan kedua di HTAA, Kuantan pada 25 Februari 2020 setelah doktor mendapati ketumbuhan pada anggota berkenaan membesar dan juga menginap di wad lebih seminggu.              

"Selepas pembedahan ini adik saya tidak boleh menggerakkan anggota badannya serta bercakap cuma berbaring di katil dan berkerusi roda serta rutin hariannya dibantu oleh keluarga," kataya.

Katanya, pada bulan Ogos 2020, Muhammad Ridwan dibawa menjalani radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada di wad selama hampir  sebulan. 

"Dalam tempoh ini, saya menjaga adik dengan melibatkan perbelanjaan yang agak banyak termasuklah menyewa penginapan dan kenderaan pergi dan balik dari hospital," katanya. 


Muhammad Ridwan Momin selepas menjalani pembedahan kali ketiga di HTAA, Kuantan pada 12 Januari 2021. - Foto dengan izin Noor Ain


Noor Ain menambah, memandangkan ketumbuhan masih belum pulih, pada 12 Januari 2021, sekali lagi Muhammad Ridwan menjalani pembedahan kali ketiga di HTAA, Kuantan dan berada di hospital selama seminggu selepas dibedah. 

"Sehingga ini, saya sudah berbelanja hampir RM12,000 menjaga untuk memenuhi kebajikan Muhammad Ridwan termasuk makan minum, pengangkutan ke hospital, kos ubat dan perbelanjaan ketika menjaganya di rumah," katanya.

Kata beliau, adiknya yang masih belum boleh bergerak dan bercakap perlu menjalani rehabilitasi khususnya terapi bertutur (speech therapy) di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hosas), Temerloh dan pemulihan anggota serta cara kerja di Hospital Jerantut secara berkala dan melibatkan perbelanjaan sewa kenderaan.


Noor Ain Momin hanya mengambil upah menjahit pakaian cuma memperoleh pendapatan bulanan RM300 kerana kurang tempahan waktu pandemik COVID-19. - Foto dengan izin Noor Ain. 


"Saya cuma bekerja mengambil upah menjahit dengan pendapatan yang kecil, lebih-lebih lagi sepanjang pandemik COVID-19 ini saya tidak banyak menerima tempahan  langsung termasuk ketika menjaga Muhammad Ridwan di hospital, saya juga turut kehilangan pendapatan," katanya.

Menurut Noor Ain, bersama kakaknya, Noor Azlina serta adik beradik lain bergilir-gilir menjaga kebajikan Muhamad Ridwan di rumah kerana dia (Noor Ain) perlu menumpukan kerja menjahit bagi menambah pendapatan.


Momin Mat Rejab yang menghidapi penyakit 'tiga serangkai' kerap uzur, tidak mampu bekerja malahan sehingga ini pendapatan hasil sawit berkurangan. - Foto dengan izin Noor Ain.


"Bapa saya (Momin) yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis kerap uzur dan sudah tidak mampu bekerja. Lagipun pendapatan hasil sawit tidaklah seberapa kerana waktu ini musim buah sawit melawas (berkurangan)," katanya.

Dia menambah, sebelum ini Muhammad Ridwan ada menerima sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Jerantut, manakala keluarganya baharu sahaja membuat permohonan bantuan bulanan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

"Saya berharap sangat mendapat ihsan daripada kerajaan, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para dermawan kerana memerlukan perbelanjaan untuk kebajikan dan perubatan Muhammad Ridwan yang masih menanggung derita penyakit ini," katanya.     

Orang ramai serta dermawan yang ingin beramal jariah membantu Muhammad Ridwan bolehlah menghubungi Noor Ain Momin melalui talian 01125409790 atau terus akaun Affin Islamic Bank, Noor Azlina Momin bernombor 205130910166. - KitaReporters

Rumah peneroka yang didiami Noor Ain Momin dan adiknya, Muhammad Ridwan serta keluarganya di No 138 Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang.

1
0
26
1
2
You will be interested