Insan & Komuniti 22 May, 2022

Kasih seorang anak! Merantau ke Malaysia! Buat dua pekerjaan! Biayai rawatan, ubat penyakit bapa!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


HEBATNYA pengorbanan seorang anak yang sanggup merantau dari Pakistan ke negara ini dengan berbekalkan diploma dalam bidang kejuruteraan dan melakukan dua kerja bagi mencari wang bagi membiayai rawatan perubatan untuk ayahnya yang menghidap sakit saraf.

Bagi Omar Ahmed, 29, masanya sangat berharga ketika mencari rezeki di negara ini dan setiap peluang bekerja seumpama menambahkan duit sakunya

Sebab itu, sebelah pagi dia bekerja sebagai juruteknik elektrik dan malam, dia mengambil upah menjual burger kepada pelajar di kediaman Dahlia, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, di Kampus Puncak Alam, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nilai pengorbanan

Tempat makan yang disediakan di Kediaman Dahlia.


Omar adalah salah seorang pekerja di gerai burger bagi menampung keperluan makanuntuk pelajar-pelajar UiTM yang sudah mula balik ke kampus berkenaan untuk meneruskan pengajian selepas pandemik Covid-19 beralih ke tempoh endemik pula.

Tinjauan di kediaman Dahlia juga mendapati kedai runcit utama sudah mula dibuka dan restoran juga melanjutkan waktu berniaga kerana ada pelajar yang sampai pada waktu malam. 

Sebelum ini mereka belajar secara dalam talian. UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana ada lebih 10,000 pelajar. 


Ibu bapa menghantar anak-anak mereka kembali ke asrama 


Omar menghantar wang gaji bulanannya RM1,500 ke kampung kerana ayahnya memerlukan sekurang-kurangnya RM800 untuk membeli ubat-ubatan

Upah membuat dan menjual burger pula adalah kegunaan sehariannya untuk makan minum dan membayar sewa bilik. Malam dia bekerja dari jam 5 petang hingga 11 malam. 

Sejak ke sini pada 2014, Omar mengakui berdepan pelbagai masalah ketika negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Dan kini dia baru terasa lega kerana dapat meneruskan pekerjaan itu untuk membantu keluarga di Pakistan. 

Ketika PKP Omar bekerja selama 15 hari dan 15 hari lagi 'bercuti'.

Graduan Kejuruteraan Sivil dari Universiti Jinna Politeknik di Karachi itu mengambil keputusan datang ke Malaysia selepas bapanya berhenti kerja sebagai peguam dan kini berusia 70 tahun serta menghidap penyakit itu. Tinggal dia saja yang ada untuk membantu keluarga selepas abangnya berkeluarga.

"Susah hendak balik kampung kerana tambang tiket RM3,500 untuk tiket pergi balik dan yuran levi dan semua dokumen pula kena bayar RM4,500 setiap tahun. Kalau tak ada dua kerja, makan pun tidak lepas," katanya yang bersyukur dapat peluang mencari rezeki balik selepas pandemik Covid-19 kian berakhir.



Sementara itu, bagi Aishah Annwarali (gambar) yang bekerja di kedai alat tulis pula berkata keadaan perniagaannnya sudah kembali pulih apabila dipenuhi pelajar-pelajar UiTM yang memulakan pengajiannya. 

Dia menguruskan kedai  yang membuat fotokopi buku, alat tulis dan buku nota turut bersyukur pendapatan kedai juga stabil.

Dia yang ditemani dua anaknya menguruskan kedai itu dari jam 8 pagi hingga 10 malam, mengenakan caj antara RM20 hingga RM30 untuk cetakan semula buku dan bertuah kerana ramai pelajar yang datang ke kedainya membantunya dengan melayan diri sendiri dan tidak menipu.


Mesin fotostaf yang menjadi keperluan penting pelajar di UiTM Puncak Alam.


Penolong Pendaftar Bahagian Industri, Komuniti, Alumni, Keusahawanan (CARE) di UiTM Kampus Puncak Alam, Zaiton Daud berkata pihaknya dalam proses membuka semua restoran dan kedai di kediaman Dahlia itu. Sebelum ini, pelajar hanya belajar secara dalam talian di rumah.

"Kita mahu pastikan ibu bapa tidak bimbang makan minum dan semua untuk pembelajaran dijaga dan mendapat khidmat terbaik." katanya. 


Zaiton Daud, UiTM sedang berusaha memenuhi keperluan pelajar 


Zaiton yang juga warden di Kediaman Dahlia berkata, ada lapan restoran dan kedai runcit yang disewakan antara RM450 ke atas dan menu disediakan mengikut keperluan pelajar termasuk jenama minuman kopi segera, makanan Barat dan selera kampung. 

Harga dikenakan berpatutan dan mampu dibayar oleh pelajar-pelajar.

Malah katanya jika ada pihak berminat untuk memasang mesin minuman dan apa saja keperluan untuk pelajar dipelawa menghubungi kerana ada sudut kecil di kediaman itu memang untuk disewa dengan harga murah. 



Peniaga itu diwajibkan menjaga kebersihan dan mengenakan apron dan keutamaan pekerja adalah anak-anak tempatan. Jika pekerja khas, mereka wajib menenuhi semua syarat termasuk suntikan.

Peniaga dikehendaki menyediakan peralatan yang mematuhi SOP bagi menggelakkan pelajar terkena jangkitan Covid-19 dan pemeriksaan mengejut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kebersihan.

Peniaga-peniaga yang berminat boleh menghubunginya. - KitaReporters



Kampus UiTM Puncak Alam.

15
11
0
10
0
You will be interested