BUKAN sahaja kerajaan yang amat prihatin dengan situasi yang berlaku akibat daripada penularan wabak COVID-19, sebaliknya ia turut membabitkan orang perseorangan yang turut mengambil tanggungjawab membantu selagi termampu. Mulianya hati mereka. Membantu tanpa mengira bangsa dan agama. : KitaReporters
Sumbangan makanan oleh Mazura Ibrahim.
Semua yang dilakukan adalah kerana sifat kemanusiaan yang menebal dalam diri untuk membantu golongan yang terjejas sumber pendapatan kerana COVID-19.
Kami sudah. Anda bila lagi???
Penerima beratur dalam jarak 1 meter sebelum mengambil sumbangan makanan daripada Mazura. - Kredit foto https://www.facebook.com/mazura.ibrahim.71
Antara luahan hati Mazura di Facebook (https://www.facebook.com/mazura.ibrahim.71):
"tengah2 buat agihan, tiba2 berhenti sebuah hilux ni....katanya, kak saya nk tumpang beras 50 beg dan gula pun dlm 50 beg....
"Tak sempat bertanya even nama pun... terus berlalu...
"Akak nk ucapkan terima kasih...moga murah rezeki adik sekeluarga...akak tolong panjangkan je rezeki ni..."
Sebelum sumbangan dilakukan, Mazura meminta supaya hanya yang benar-benar memerlukan sahaja mengambil bantuan tersebut.
"Alhamdulillah...berkat doa semua, Allah permudahkan... yg dtg pun semua ikut peraturan..
"Terima kasih kpd staff2 saya... suplier2 saya yg mengutamakan order saya dari syarikat lain...
"Dan terima kasih juga kepada penyumbang gula dan tepung gandum iaitu Adelya SirAzrie yg merupakan adik junior saya di sekolah SMART dan juga sahabat karib suami... semoga bermanfaat kpd yg sgt2 memerlukan.....
"Ada yang menitis air mata sambil doakan saya murah rezeki... terharu.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜..... sbb saya pun asal org susah........
"Stay safe... stay at home... semoga Allah melindungi kita semua dari wabak covid-19."
Kredit foto: FB @mazura.ibrahim.71
Usaha Mazura mendapat reaksi positif kalangan pengguna Facebook yang rata-rata mengucapkan tahniah di atas usaha murninya itu.
Seorang lagi pemilik akaun Facebook dengan nama Deyana Hatazad (https://www.facebook.com/deyanahatazad) turut berkongsi pengalamannya dalam menyumbangkan barangan keperluan harian kepada golongan asnaf.
"Saya juga menerima sumbangan daripada NGO Serantau Muslim dan Professor Muhaya Circle (PMC). "Alhamdulillah, syukur dapat membantu dalam situasi tidak menentu ini. Sedikit sebanyak dapatlah membantu mereka yang terjejas ini.
Penerima-penerima sumbangan daripada Deyana Hatazad. - Kredit foto: FB @deyanahatazad
Deyana juga menerima ucapan tahniah kalangan pengguna facebook dan memintanya untuk teruskan usaha murninya membantu golongan memerlukan.
Kredit foto: FB @deyanahatazad
Deyana atau nama sebenarnya, Noordeyana Mohd Rashdi ternyata seorang yang sangat prihatin dan sentiasa membantu golongan yang amat memerlukan terutama ketika wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Sama-sama kita mendoakan usaha dua wanita ini menjadi pembakar semangat kepada wanita lain di luar sana!
Anda semua wanita hebat. Be our heroin!! : KitaReporters