JERIT perih barisan hadapan (frontliners) yang berhempas pulas mengekang penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) mendapat penghargaan segenap lapisan masyarakat di negara ini termasuk keluarga diraja Perak, khususnya Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim . : KitaReporters
Rata-rata
mereka berkongsi perasaan sayu, sebak dan terharu apabila melihat beban
yang ditanggung oleh pasukan perubatan, keselamatan dan pertahanan itu sehingga terpaksa mengetepikan keselamatan
diri dan orang tersayang.
Berkongsi
perasaan sama apabila Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menarik
perhatian wargamaya apabila berkongsi dua keping gambar anakanda tuanku yang
menzahirkan penghargaan kepada anggota kesihatan, tentera dan polis negara.
Gambar
berkenaan tular selepas dimuat naik menerusi instagram rasmi baginda, @tuankuzarasalim (https://www.instagram.com/tuankuzarasalim/) pada 23 Mac 2020 dan setakat ini telah mendapat lebih 3,000 tanda suka.
Menerusi
hantaran dengan tanda pagar #askar #pdrm #dudukrumah itu, Raja Kechil
Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya memegang
sekeping kertas berwarna putih yang tertulis ucapan penghargaan kepada
badan beruniform berkenaan.
R
Raja Nazira Safya memegang kertas putih yang tertulis ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa.
"Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis," itu penghargaan yang dizahirkan oleh Raja Azlan Muzaffar Shah.
"Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis," itu penghargaan yang dizahirkan oleh Raja Azlan Muzaffar Shah.
Manakala adindanya, Raja Nazira Safya pula menzahirkan ucapan terima kasih baginda yang ditulis dalam pelbagai bahasa menerusi sekeping kertas putih yang dilukis bentuk hati.
Dalam
hantaran sama, turut disertakan gambar Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah bersama dan kedua-duan anakanda tuanku yang memakai pakaian seragam Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sultan Perak,
Sultan Nazrin
Muizzudin Shah bersama anakanda-anakanda tuanku yang turut memakai pakaian seragam PDRM dan ATM.
Dalam pada itu menerusi akaun sama, Tuanku Zara turut menzahirkan penghargaan baginda kepada petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.
Dalam pada itu menerusi akaun sama, Tuanku Zara turut menzahirkan penghargaan baginda kepada petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19.
"Terima kasih kepada wira dan wirawati kita di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri," tulis baginda.
Semoga petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dilindungi Allah dan Malaysia pulih daripada wabak Covid-19 dengan segera. Amin! - KitaReporters
Ucapan terima kasih yang dizahirkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kepada petugas kesihatan di laman Instagramnya.
Tags: