Insan & Komuniti 14 Mar, 2022

Tolong kami! Bantu cari janda cantik, anak 4! Hilang sejak 8 Mac 2022! Laporan polis dah dibuat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ZAIZURA MAT HUSSIN yang hilang sejak 8 Mac 2022. - Kredit foto : Facebook


“IBU saya makan pun tidak berselera beberapa hari ini  dan tidur dia pun tidak pernah nyenyak kerana asyik memikirkan tentang keselamatan kakak saya, Zaizura Mat Husain, 45, yang hilang sejak Rabu 8 Mac 2022 lalu.

“Sebelum itu, saya sentiasa menghubunginya melalui telefon bimbitnya tetapi gagal menyebabkan keluarga kami semakin risau tentang kehilangan Zaizura yang tidak dapat dikesan,” kata Che Ku Noraini Che Ku Mohd Ariffin, 37.

Beliau yang merupakan adik tiri kepada Zaizura berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman, Terengganu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kehilangan

 

CHE Ku Noraini Che Ku Mohd Ariffin menunjukkan salinan laporan polis. - Kredit foto : Sinar Harian


Zaizura adalah seorang janda yang kematian suaminya sejak dua tahun lalu dan mempunyai empat orang anak berumur di antara 14 tahun hingga 22 tahun.

Che Ku Noraini memberitahu sebelum kejadian itu, pada pukul 11 pagi dia bersama kakaknya menghantar ibunya, Haminah Latif, 67, untuk mendapatkan rawatan dialisis di sebuah klinik swasta, Bandar Chukai.

Menurutnya, apabila sampai di klinik itu dia tidak turun dari keretanya sebaliknya Zaizura yang membawa ibunya ke klinik berkenaan.


ZAIZURA MAT HUSAIN. - kredit foto : Facebook


“Ketika saya sedang berada di dalam kereta, tiba-tiba saya menerima WhatsApp dari Zaizura yang menyuruh saya balik dahulu ke rumah dan dia juga memberitahu dia hendak keluar sekejap selepas selesai rawatan dialisis ibu saya.

“Kira-kira pukul 3.30 petang, saya datang semula ke klinik itu untuk mengambil dia (Zaizura) dan ibu saya tetapi alangkah terkejut saya kerana mendapati dia tiada bersama ibu saya dan ketika itu saya beberapa kali cuba menghubunginya tetapi gagal,” kata Che Ku Noraini.

Zaizura tinggal di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan bersama anak-anaknya dan pulang ke Kemaman pada September 2021 untuk menjaga ibunya yang sedang sakit itu.

“Saya sudah buntu mencarinya termasuk menghubungi rakan-rakannya dan sanak saudara tetapi mereka juga tidak mengetahui dan tidak berjumpa Zaizura selepas kejadian itu,” katanya.



Berikutan dengan kehilangan janda yang memakai baju kurung berwana hijau gelap dan bertudung berwarna choklat gelap pada hari itu,  Che Ku Noraini telah membuat laporan di Balai Polis Cukai, Kemaman pada 9 Mac 2022 lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat Zaizura boleh menghubungi Che Ku Noraini di talian 016-5090689 atau Zaihasra Ibrahim 017-9763740 ataupun  balai polis berdekatan. - KitaReporters


Kredit foto: Suara Pasir Puteh

19
10
1
14
6
You will be interested