Insan & Komuniti 13 Apr, 2020

DAH DAPAT MAKANAN! KINI TOPENG MUKA PULA

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SELEPAS menerima pengagihan bekalan makanan dari kerajaan negeri, penduduk Terengganu akan menerima topeng muka pula bagi menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sekarang termasuk Malaysia. : KitaReporters



Prihatin terhadap nasib rakyat yang memerlukan pelbagai keperluan kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di seluruh negeri itu bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pengedaran topeng berkenaan dari rumah ke rumah itu akan dilaksanakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Katanya,topeng berkenaan sudah ada di daerah masing-masing, insya-Allah ia akan diedarkan dalam masa terdekat.

"Kita juga meminta orang ramai, supaya bersabar dan tidak menyerbu ke rumah MPKK bagi mendapatkan topeng muka dan penduduk hanya perlu  tunggu sahaja di rumah," katanya. 

Beliau berharap orang ramai memanfaatkan sebaik mungkin pemberian topeng muka itu bagi menjaga keselamatan diri masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak 


Katanya, pakai apabila perlu sahaja, terutamanya ketika keluar rumah khususnya ketua keluarga yang membeli keperluan rumah dinasihatkan untuk memakai.

"Kita mahu mengekalkan kesihatan semua rakyat dengan mengelakkan virus ini tersebar dengan mudah," katanya.

Mengenai kerja pembersihan, beliau berkata pihak berkuasa negeri sudah menjalankan operasi nyahkuman di semua pasar utama yang menjadi tumpuan orang ramai di Terengganu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kerja penyemburan cecair nyahkuman dilakukan di pasar awam seluruh negeri Terengganu


Katanya, operasi yang dijalankan serentak pada Jumaat, 10 April 2020 membabitkan 42 pasar utama semua daerah di Terengganu, yang membabitkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

"Kita memilih pasar kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai yang kita yakin virus terbabit mudah merebak di tempat ini,ā€¯katanya. 

Beliau berkata, operasi seperti ini akan dijalankan bergantung kepada situasi semasa wabak terbabit termasuk kejadian kes di Terengganu," katanya.

Grafik kes terbaharu COVID-19 di Terengganu pada 12 April 2020


Dr Alias berkata, satu kes baharu positif CoVID-19 direkodkan di Terengganu menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga Sabtu 11 April 2020 ialah 102 kes, manakala 22 mangsa disahkan sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - KitaReporters

3
1
1
0
0
You will be interested