Insan & Komuniti 29 Mar, 2022

Tolong kami! Bantu kami penduduk kampung di Baling! Bimbang untuk menoreh! Gajah liar berkeliaran!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Seorang penduduk menunjukkan laluan gajah liar berkenaan berdekatan kampung mereka sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk untuk keluar menoreh getah sejak dua minggu lalu.


Seramai 30 keluarga penoreh getah di empat kampung di Baling bimbang untuk ke kebun getah mereka untuk menoreh akibat kehadiran seekor gajah liar di kawasan hutan berhampiran kampung mereka.

Sejak dua minggu lalu mereka tidak dapat menoreh akibat gangguan gajah berkenaan yang turut memusnahkan tanaman penduduk. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gajah

Penduduk dari kampung yang bimbang untuk keluar menoreh menunjukkan longgokan najis gajah di satu lorong di kampung mereka.

Kampung terbabit ialah Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Padang dan Kampung Padang Cicar Batu 7 di Baling, Kedah.

Abas Md Daud, 66, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Rambong, Baling memberitahu, penduduk bimbang ke kebun getah untuk menoreh kerana kehadiran seekor gajah liar di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Abad, banyak tanaman penduduk turut dimusnahkan oleh gajah tersebut sejak dua minggu ini.



Abas Md Daud menunjukkan tapak gajah liar yang berkeliaran di kawasan hutan berdekatan kampung mereka.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Padang Cicar, Abd Rahim Majid, 60, memberitahu mereka berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Hidupan Liar daerah Baling dapat melakukan sesuatu bagi menghalau gajah berkenaan untuk kembali ke dalam hutan.

Katanya, mereka bimbang kalau dibiarkan ada penduduk akan menjadi mangsa gajah itu.

Jelasnya lagi, walaupun setiap malam petugas dari Jabatan Mergas Tua daerah Baling ada membuat pemantauan di kampung berkenaan namun tindakan lebih tegas perlu dilakukan. - KitaReporters


Penduduk menunjukkan kawasan kediamanan penduduk di Kampung Padang yang pernah didatangi gajah liar berkenaan baru baru ini.

8
11
1
17
1
You will be interested