Insan & Komuniti 15 Sep, 2022

Siapa bakal bergelar Wanita Ikon Malaysia 2022! 10 finalis berentap nak rebut anugerah wanita hebat!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENERUSKAN kesinambungan, Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mengorak langkah memperkasakan kaum wanita dengan menampilkan kehebatan kaum Hawa ini melalui pemberian Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022.

Presiden KWIM, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata, pencarian wanita ikon pada zaman moden kini bukanlah tugas mudah, berikutan persaingan hebat calon-calon memerlukan pihak juri ‘menggali’ setiap kekuatan calon berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wanita hebat



”Hasil pencarian tahun ini, kami menerima 242 pencalonan dari seluruh negara dengan pelbagai profesion dan melalui pemilihan dan beberapa saringan yang dilakukan oleh juri, hasilnya 10 finalis terpilih yang mewakili negeri masing-masing.

“Kesemua mereka ini akan bersaing dan sesama sendiri selain menyiapkan beberapa tugasan khas yang perlu disiapkan termasuklah melaksanakan kerja-kerja CSR sebelum layak untuk dinobatkan sebagai juara Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022,” kata Normaziah ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022 pada 13 September 2022, lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pencalonan tahun ini mendapat sambutan hebat dalam kalangan wanita bekerjaya selain usahawan berjaya yang berusia antara 30 hingga 50 tahun yang terdiri daripada pelbagia profesion termasuklah doktor, polis, kontraktor dan kerjaya lain. 



Pencarian Wanita Ikon Negeri telah bermula pada peringkat negeri sejak Mac 2022 lalu di mana 242 pencalonan diterima dan 73 daripadanya telah berjaya ke peringkat saringan pertama, manakala 42 calon terpilih ke peringkat akhir dan hanya 10 pemenang Wanita Ikon Negeri telah terpilih.

Berkongsi pengalaman mengendalikan peserta, Normaziah bersama beberapa juri lain seperti Datin Ira Ghani, Mona Din dan Sharifah Shawati Syed Mohd menjelaskan pihaknya turut membuat temu bual secara dalam talian.



Malah akuinya, saringan yang dibuat ini bukan sekadar melihat dari segi personaliti dan aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan tetapi juga memastikan setiap calon terpilih adalah 'bersih' segala-galanya termasuk CTOS, CCRIS, jenayah dan perkara-perkara lain yang boleh memberi kesan negatif.

"Ini penting bagi memastikan individu yang terpilih bukan sahaja sejuk mata memandang dan aktif dengan masyarakat tetapi juga bersih segala-galanya," jelas Normaziah.



Ditanya mengenai malam istimewa yang  akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 20 Oktober 2022, beliau berkata, kesemua finalis akan dihias cantik oleh solekan istimewa daripada jenama kosmetik terkenal, Wardah Beauty

Lebih eksklusif anugerah berprestij ini turut mendapat tajaan barang kemas, Habib Jewel yang bernilai RM10,000 yang akan memberi kilauan berganda kepada semua finalis.

Beliau pada masa sama, berharap kesemua calon finalis mengambil peluang yang diberikan untuk menghasilkan tugasan dengan terbaik menggunakan kreativiti sendiri.

Katanya semua calon diberikan tempoh selama 28 hari melakukan beberapa tugasan termasuk menyediakan kerja CSR yang memerlukan mereka turun padang dengan cara kreativiti dan idea mereka sendiri. - KitaReporters


8
10
0
14
2
You will be interested