Wanita muda ini nekad mengemukakan tuntutan saman terhadap bekas suaminya selepas mengetahui lelaki itu menipu dan mengaku bujang ketika mahu berkahwin dengannya kira-kira 10 tahun lalu. - Kredot foto: scmp.com
MESKIPUN wanita dilahirkan sebagai individu yang lemah lembut dan suka dimanja dan disayangi namun jangan terkejut jika ia bertukar menjadi keras dan tegas.
Buktinya di China apabila seorang isteri nekad menyaman suaminya sendiri selepas merasakan ditipu oleh lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini.
Memetik South China Morning Post pada 22 Januari 2024 lalu, wanita dari wilayah Sichuan, barat daya China nekad menuntut saman bernilai 200 juta yuan (RM132 juta) terhadap bekas suami yang berusia 61 tahun berikutan menipu dirinya sebagai seorang bujang.
Sedangkan lelaki berkenaan sudah berumah tangga sebelum bercinta dan berkahwin dengan sehingga memiliki lapan anak hasil perkongsian hidup.
Wanita yang kini berusia 33 tahun itu berkata, meskipun mengetahui tindakannya sebagai kejam kerana menyaman orang yang pernah dicintai namun ia dibuat sebagai gantian dan juga nafkah kepada lapan orang anaknya untuk meneruskan kehidupannya.
Wanita yang tidak dinyatakan nama itu mendedahkan mereka mengenali antara satu sama lain melalui dalam talian dan berkahwin kira-kira 10 tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin secara sah.
“Dia memberitahu saya bahawa di seorang bujang, jadi perkahwinan kami sah,” akui wanita itu.
Wanita muda itu turut berkongsi sijil perkahwinan mereka pada 2015 selain mendedahkan sijil kelahiran anak-anaknya yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat (AS).
Sepanjang perkahwinan berkenaan, pasangan itu juga turut membelanjakan 10 juta yuan (RM6.65 juta) untuk mempunyai anak melalui kaedah ibu tumpang.
Bagaimanapun impiannya untuk sehidup semati bersama lelaki dicintai musnah susulan mendapati lelaki itu berpindah ke luar negara.
Tinggal kenangan pasangan itu bergambar bersama sebahagian daripada lapan anak mereka ketika masih kecil.
Situasi mendesak itu menyebabkan wanita berkenaan nekad dengan keputusan untuk menyaman lelaki tersebut. Katanya buat masa ini dia terpaksa menjadi ibu dan ayah dan menyara kesemua anak-anaknya.
Sementara itu, keluarga lelaki tersebut menegaskan bahawa tuntutan hanya boleh dibuat sekiranya wanita berkenaan sanggup menyerahkan kesemua anaknya kepada lelaki terbabit.
Namun sebagai ibu, semestinya dia akan terus bersama anak-anaknya dan tidak sesekali menyerahkan kepada individu lain walaupun keluarga bekas suaminya.
Kini kes mereka terus berjalan selepas dibicarakan Oktober tahun lalu (2023).
Semoga semua dapat diselesaikan dengan baik supaya anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan. - KitaReporters