Insan & Komuniti 31 Oct, 2025

Video| Kena cuba ni! Sup ayam ahli sihir? Resipi Cef Anis Nabilah versi gagal! Tapi tetap tular!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Nama Cef Anis Nabilah, antara figura paling dikenali dalam dunia masakan tempatan, sekali lagi menjadi sebutan. 



Namun, kali ini bukan kerana rancangan televisyen atau gaya masakan profesionalnya, tetapi disebabkan versi ‘gagal comel’ resipinya yang tular dalam TikTok. 

Dikenali sebagai seorang cef selebriti yang petah, ceria dan gemar berkongsi resipi mudah dalam media sosial, Anis Nabilah sering menjadi rujukan bagi mereka yang ingin memasak dengan gaya cepat dan ringkas. 

Antara resipi paling popularnya ialah Sup Ayam Anis Nabilah, yang sebelum ini viral kerana kesedapannya dan rupa yang menyelerakan, sehinggalah seorang pengguna TikTok, @hellocantik92, tampil dengan hasil percubaan yang membuatkan warganet tidak kering gusi.



Dalam video yang dimuat naiknya, pengguna itu menunjukkan hasil sup ayam yang dimasak berwarna hijau gelap pekat, jauh berbeza daripada versi asal yang kekuningan dan beraroma. 

Dengan kapsyen, “Macam sup ahli sihir” video itu meraih sebanyak 4.3 juta tontonan!



Ramai yang terhibur melihat ‘kejadian misteri’ tersebut, malah ada yang bergurau mengatakan sup itu seperti bahan eksperimen dari makmal kimia. 

Antara komen paling mencuri tumpuan datang daripada seorang netizen yang menulis: “Blend daun sup sikit sis, bukan sekebun.” 

Komen itu disambut dengan gelak tawa dan menerima lebih 22,000 tanda suka.

Manakala netizen lain turut menambah jenaka masing-masing, “Sup ayam matcha ke ni?”



Komen paling lucu datang apabila seorang netizen bertanya dengan nada bingung, “Yang hitam-hitam tu boba ke?”, membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa.

Namun, suasana menjadi lebih gamat apabila Cef Anis Nabilah sendiri tampil memberi respons dengan penuh profesional dan humor.  

“Salam. Anis Nabilah here! Alamak, macam mana boleh jadi macam ni? Macam nak kena masak sama-sama je ni,” tulisnya di ruangan komen. 



Sikapnya yang terbuka dan tidak cepat melatah membuatkan ramai memuji personaliti cef tersebut. “Chef Anis sporting betul! Kalau orang lain dah marah,” tulis seorang netizen.

Menariknya, beberapa netizen juga tampil menjelaskan bahawa punca sup menjadi hijau ialah kerana bahan kisaran tidak dibuat menggunakan chopper seperti dalam resipi asal. 

“Saya dah tengok kak resipinya. Dia chopper kakkk! Bukan blend,” komen netizen tersebut menjelaskan bahawa penggunaan blender menyebabkan daun sup hancur terlalu halus dan mengubah warna kuah.



Fenomena ‘sup hijau’ ini akhirnya menjadi satu trend lucu apabila ramai pengguna lain mula memuat naik versi mereka sendiri dengan pelbagai nama seperti ‘Sup Matcha Ayam’, ‘Sup Radioaktif Anis Edition’ dan ‘Sup Hijau Mistikal’.

Meskipun dimulakan dengan ‘kegagalan dapur’, video ini membuktikan bahawa dunia masakan di media sosial bukan sekadar tentang hasil yang sempurna, tetapi tentang semangat berkongsi, hiburan dan ketulusan. - KitaReporters



15
8
0
7
0
You will be interested