HEBATNYA hubungan pemimpin dan rakyat… Biarpun tidak lagi menjawat jawatan utama negara namun ikatan yang dijalin tetap berterusan.
Itulah yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri,ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi mengunjungi dan meluangkan masa melawat bekas wartawan hiburan dengan bekas kumpulan Utusan, Rosli Manah di kediamannya di Kajang, Selangor pada 1 Februari 2023 lalu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kunjungan ziarah
Rosli kini tidak mampu lagi bekerja berikutan keadaan kesihatan yang dilalui.
Bagaikan jatuh ditimpa tangga kepadanya yang pernah berbakti lebih 26 tahun dengan syarikat keramat itu apabila imbuhan yang dijanjikan menerusi VSS oleh syarikat tidak ditunaikan.
Kini Rosli hanya banyak menghabiskan banyak masa berehat.
Sebelum ini Rosli yang sebelum ini merupakan orang kuat media mempunyai hubungan erat dengan anak kepada Ismail Sabri dalam meningkatkan kerjaya anaknya, Gadaffi atau lebih dikenali Dafi.
Namun kini selepas tidak lagi berkhidmat dengan akhbar keramat, Rosli tidak mampu meneruskan kerjayanya lagi dalam dunia media.
Dalam kunjungan berkenaan, Ismail Sabri tiba pada pukul 3 petang dan meluangkan masa hampir sejam berbual dengan Rosli, yang tinggal bersama isterinya, Asma Ghani dan dua anak lelaki Aasif Esfan, 26, dan Daniel Ashman, 18.
Manakala anak sulungnya, Dean Ilham, 27, keluar bekerja ketika kunjungan mantan pemimpin utama negara.
Ismail Sabri secara peribadi mengenali Rosli sebagai wartawan hiburan pada tahun 2007. Hubungan mereka menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu kerjaya Dafi, yang merupakan anak lelaki, Ismail Sabri dalam bidang hiburan.
Sejak syarikat Kumpulan Utusan ditutup pada tahun 2019, Rosli melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya. Namun berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot dia kini hanya menghabiskan banyak masa di rumahnya.
Turut mengiringi Ismail Sabri ialah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dan Setiausaha Akhbar Asyraf Afnan Ahmad Murtadza.
Inilah dikatakan lapar sahabat sama diingat, susah saudara sama dirasa. Terima kasih Datuk Seri! - KitaReporters