Insan & Komuniti 15 Dec, 2022

Tolong kami! Bantu Cheer to School Islamic Relief! Bantu anak-anak B40 mulakan sesi baharu sekolah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


SESI persekolahan yang baharu akan bermula tidak lama lagi dan dijangkakan 600 hingga 700 pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dipilih untuk menerima bantuan Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi projek “Cheer to School” (CTS) atau "Gembira ke Sekolah" sebagai usaha meringankan beban keluarga B40 menyediakan keperluan asas untuk anak-anak mereka.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood, berkata inisiatif ini merupakan antara projek tahunan yang dijalankan oleh pihaknya.  Selain meringankan beban ibu bapa itu, ia berharap dapat memberi galakan kepada para pelajar agar bersemangat untuk kembali ke sekolah serta berusaha mempertingkatkan prestasi akademik mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Islamic Relief Malaysia


Bantuan untuk anak-anak keluarga B40 memulakan persekolahan.


Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM200,000 bermula bulan Disember 2022 sehingga 31 Disember. 

Projek CTS itu memfokuskan bantuan seperti membekalkan pakaian seragam, beg sekolah, kasut, stokin, alat tulis, pelitup muka serta cecair pencuci tangan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi projek “Cheer to School”.

Layari laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Islamic Relief, organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom. Khidmatnya membabitkan lebih 45 buah negara dan membantu lebih 120 juta orang sejak beroperasi.  

Skop bantuan Islamic Relief merangkumi bantuan kecemasan, pembangunan mampan bersepadu, pengurangan risiko bencana dan advokasi.

Manakala operasi Islamic Relief Malaysia telah dibuka tahun 2005, bertujuan untuk meneruskan bantuan kemanusiaan di Asia-Pasifik.  Kini, Islamic Relief Malaysia berperanan sebagai pejabat penjanaan dana dan pelaksana projek tempatan serta antarabangsa. 


Terima kasih.... Kami sudah dapat peralatan untuk ke sekolah.


"Menyedari kepentingan pendidikan sebagai salah satu tunjang utama pembangunan negara serta pelaburan. 

"Dan sebagai usaha memutuskan rantaian kemiskinan terutama di luar bandar, bantuan persekolahan itu akan mengambil kira kriteria penerimanya adalah pelajar daripada keluarga atau penjaga B40 dan  ke bawah, asnaf, yatim piatu dan orang kelainan upaya (OKU). 

"CTS juga akan membantu anak-anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal, pesakit kronik serta keluarga yang mempunyai anak ramai." katanya lagi.

Siti Fadilah menegaskan, meski pandemik telah berlalu, namun kesan dari sudut kewangan masih dirasai sehingga kini. 

Ini berdasarkan kajian dari Mei 2020 hingga Mac 2022 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melibatkan 500 keluarga berpendapatan rendah di Malaysia, mendapati golongan itu memang terjejas kewangan dan sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kita juga tidak dapat lari daripada kenyataan, bahawa kekangan kewangan yang dialami ibu bapa dan penjaga ternyata memberi pengaruh besar kepada anak-anak untuk memperolehi pendidikan yang baik dan sempurna,” kata Siti Fadilah lagi.


Penuh semangat... Lihat kami sudah ada beg untuk ke sekolah.


Ia berdasarkan pengalaman Islamic Relief yang banyak bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan di negara konflik sering melihat kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah dan terabai pendidikan antaranya disebabkan faktor kesempitan hidup.

Katanya soal pendidikan tidak lagi menjadi keutamaan apabila ibu bapa terpaksa menggunakan sedikit wang yang ada untuk membeli keperluan makanan bagi memastikan mereka dapat terus hidup.

 Jadi, dengan adanya projek CTS ini, diharapkan dapat memberi peluang kepada masyarakat di seluruh negara.

"Khidmat CTS itu sangat mustahak dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi bersama-sama membantu golongan rentan di negara ini supaya jurang sosio ekonomi dapat dikurangkan serta dapat membantu memperkasa  pendidikan anak bangsa kita." katanya. - KitaReporters


Semoga kamu dalam belajar dengan lebih baik dan berjaya dalam bidang akademik.

14
18
0
10
0
You will be interested