Insan & Komuniti 25 Nov, 2022

Terima kasih seluruh Keluarga Malaysia! Amat hargai sokongan bantu pentadbiran saya! - Ismail Sabri

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this



BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam,  terutama petugas barisan hadapan yang telah bersama-samanya selama beliau bertugas sebagai Ketua Kerajaan negara ini.  

"Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus  berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi

"Saya mendoakan Kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta  mengekalkan kemampanan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan media pada 24 Novermber 2022.



Selain itu, Ismail Sabri juga berkata, beliau merafakkan setinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenan pelantikan Dato' Seri Anwar  Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 

"Setinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan ini," tambahnya. - KitaReporters


18
12
0
8
0
You will be interested