Nurul Syasya Khairina Syamsur meraih pingat emas dengan angkatan keseluruhan 134 kg selepas menewaskan pencabarnya Nilcy Tunik dari Sabah (pingat perak - 129 kg) dan gangsa milik Norainnajmina Rahimi dari Terengganu (101 kg). - Kredit foto: MSN Melaka.
Siapa sangka adik Nurul Syasya Khairina Syamsur kelahiran Nyalas, Asahan, Melaka merupakan atlet termuda Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 dengan memenangi pingat emas sukan angkat berat bagi kategori 49 kilogram (kg) wanita di Kuala Lumpur.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan angkat berat
FOKUS dan konsentrasi perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Nurul Syasya sebelum melakukan angkatan berikutnya yang menentukan kedudukannya sebagai juara. - Kredit foto: MSN Melaka.
Nurul Syasya membuat kejutan dengan mengangkat 134 kg sekaligus menewaskan pencabarnya Nilcy Tunik dari Sabah (pingat perak) dengan angkatan keseluruhan 129 kg dan gangsa milik Norainnajmina Rahimi dari Terengganu (101 kg).
Walaupun amanah serta pesanan yang diberikan oleh pasukan Angkat Berat Melaka perlu digalas oleh adik Syasya begitu berat, namun dia tetap cekal serta berani; dan akhirnya terbukti membuahkan hasil dengan membawa pulang pingat emas untuk Melaka.
Nurul Syasya begitu tenang dan yakin telah melakukan persembahan yang terbaik dalam sukan angkat berat wanita. - Kredit foto: MSN Melaka.
“Kecil-kecil cili padi! Saya tumpang berbangga dengan pencapaian dilakarkan oleh atlet cilik Negeri Melaka. Nurul Syasya Khairina Syamsur yang baru berusia 13 tahun berjaya merangkul pingat emas acara angkat berat SUKMA 2022.
“Saya juga dimaklumkan anak jati kelahiran Nyalas, Asahan ini merupakan atlet termuda dihantar pada temasya kali ini,” tulis Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi FB beliau (Sulaiman Md Ali).
Sebelum ini, Nurul Syasya merupakan protege atau anak didik Hidilyn Diaz juga merupakan atlet angkat berat wanita Filipina yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 da pernah menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat Kampung Kesang, Melaka. - KitaReporters
TERIAKAN JUARA Nurul Syasya turut dikongsi bersama dengan salah seorang pegawai sukan angkat berat wanita Melaka selepas keputusan rasmi diumumkan oleh pihak juri pertandingan sukan tersebut. - Kredit foto: MSN Melaka
Sumber:
FB Sulaiman
Md Ali)
FB MSN
Melaka