Insan & Komuniti 09 Apr, 2025

Lidah Pengarang| Selamat bertugas! Selamat kembali ke sekolah dan IPT! Selepas cuti Aidilfitri!

@samsudin oli mohamed
Samsudin Oli Mohamed ialah seorang pengamal media berpengalaman dengan 40 tahun dalam bidang penulisan berita. Beliau pernah bertugas di Balai Berita Berita Harian Kuala Lumpur dan juga sebagai wartawan bebas. Samsudin memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, beliau dilantik sebagai Pengarang Kitareporters.com, seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarang Gamal Nasir.

Share this


Selepas menikmati suasana penuh kemeriahan dan keberkatan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan insan tersayang, kini tiba masanya untuk kembali melangkah ke rutin harian. 

Buat semua warga kerja, para pelajar sekolah dan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT), diucapkan selamat kembali bertugas dan menyambung perjuangan menimba ilmu.

Aidilfitri bukan sekadar tentang pakaian baharu dan juadah enak, tetapi lebih daripada itu – ia menyatukan hati, mengukuhkan silaturahim serta memberi ruang untuk kita bermuhasabah. 

Kini, ketika semangat Syawal yang masih hangat pada jiwa diharap menjadi pemangkin semangat untuk kembali fokus, berdisiplin dan berusaha dengan lebih gigih.



Kepada para guru, pensyarah dan para pekerja, terima kasih atas segala usaha dan dedikasi yang tidak pernah luntur. Moga tugasan yang disambung selepas cuti ini terus dipermudah dan penuh keberkatan.
Buat para pelajar dan mahasiswa, teruskan tekad mengejar ilmu. Cuti telah berlalu, dan kini masanya untuk bangkit semula, menyusun semula langkah dan mencapai sasaran akademik yang diimpikan.
Ingatlah, setiap permulaan selepas rehat adalah peluang baharu untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Semoga Syawal ini membawa sinar semangat yang berpanjangan buat kita semua.
Selamat kembali bertugas dan sambung belajar. 

Maaf Zahir & Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. - KitaReporters


14
6
0
14
0
You will be interested