Insan & Komuniti 15 Apr, 2025

Video| Wah, Badang wanita? Pakai ilmu apa? Pikul kayu balak sebelah tangan je! Bukan kaleng-kaleng!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Watch on TikTok

Nak kata Badang, bukan Badang! Lagipun Badang seorang lelaki sedangkan dia wanita. Namun, kekuatannya menghampiri kisah legenda tersebut. Setakat angkat kayu balak besar sepemeluk, sebelah tangan sahaja dia lakukan. 

Hebat bukan? Namun, siapakah wanita yang dimaksudkan?

Dia bukanlah siapa-siapapun. Hanya wanita biasa yang bekerja sebagai pengangkut kayu balak di dalam hutan di negara jiran, Indonesia. 

Cuma, kisah dan videonya mendapat perhatian kerana dilihat berupaya memikul batang balak besar hanya dengan sebelah tangan.



Mungkin yang tukang kongsi videonya juga tidak menjangka video tersebut mendapat tontonan sebanyak 4.6 juta kali dan tular dalam media sosial. 

Yalah, bukan calang-calang kekuatan diperlukan untuk mengangkat kayu balak hanya dengan tangan.

Dalam video yang viral itu, jelas kelihatan seorang pekerja wanita dengan selamba memikul sebatang kayu balak sebesar sepemeluk hanya dengan sebelah tangan. 

Dia memikul sambil sebelah tangannya yang lain memegang tongkat. Kemudian setelah sampai ke destinasi, dia meletakkan kayu balak tersebut di tempatnya.



Kekuatan luar biasanya itu mengejutkan para netizen. Namun, ada sesetengah netizen menjelaskan kayu balak yang dipikulnya itu tidak berat kerana ia kayu balsa.

“Ini kayu yang paling ringan di dunia. Patutlah boleh angkat. Ingatkan makcik tak kosong. Itu pun saya tekan line biru kayu balsa,” tulis salah seorang netizen.



Justeru, untuk mendapatkan maklumat lanjut, penulis mencari apakah itu kayu balsa di Internet. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, balsa ialah sejenis pokok tropika di Amerika yang kayunya ringan dan biasanya dibuat rakit.

Manakala dalam website Lindungi Hutan, kayu balsa dikenali kerana sifatnya yang sangat ringan. Kepadatan kayunya rendah, sehingga kayunya sangat ringan namun kuat. Sering digunakan untuk membuat perahu, parabot dan pesawat ringan.



Jadi, terjawab sudah kenapa wanita tersebut mampu mengangkat kayu tersebut hanya sebelah tangan. Dia tidak guna apa-apa ilmu atau silap mata. 

Namun, walaupun sudah diketahui kayu tersebut ringan, namun ramai juga yang tabik dengan kekuatannya.

Bagi lelaki, mungkin kayu tersebut ringan tetapi bagi wanita, ia tetap memerlukan tenaga yang kuat apatah lagi melihat keadaan muka bumi di situ yang bercerun.

“Tak kisahlah ringan ke apa ke! Dekat sini respect buat makcik ni boleh bawa berulang kali. Naik bukit pula tu. Tak semua orang mampu buat. Semoga diberi kesihatan yang baik semua,” tulis netizen tersebut. - KitaReporters



8
8
0
16
0
You will be interested