Insan & Komuniti 07 Jul, 2021

Video| Sokong Kempen Bendera Putih! Tapi ngapa Zara Zya menangis? Netizen simpati, beri semangat!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Kredit foto: Instagram Zara Zya


BARU saja nak gigih memulakan kegiatan menolong orang susah secara terbuka dengan membuka laman web untuk meuar-uarkan kegiatannya, pelakon Zara Zya, 36, terkesan dengan kecaman sesetengah pihak yang menuduhnya macam-macam.

Melalui laman Instagramnya, dia membalas tohmahan itu sambil menangis meluahkan rasa hatinya yang terguris. Ramai bersimpati dan memberi semangat kepadanya supaya bertabah dan mengabaikan kata-kata orang.

Biarpun bersedih dia tidak pula kata akan berundur, sekedar meluah isi hati dan memberitahu menolong orang bukan perkara baharu baginya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zara Zya



"Orang kata saya menipu buat lari duit orang. Bukan nak tolong orang. Saya sedih sebenarnya, saya dari kecil lagi suka tolong orang, saya suka share rezeki dengan orang. Sewaktu sekolah di mana-mana saya pergi, ada orang susah saya share rezeki saya. 

"Sekarang saya guna nama saya sendiri untuk ajak ramai orang yang baik baik supaya bersama dengan saya untuk membantu orang," katanya sambil menambah, "orang kenal saya, tahu saya macam mana."

Dalam pada itu ramai yang memujuk dan memberi kata-kata semangat, namun tetap terselit tuduhan seperti "main wayang", "wayang" dan sebagainya merujuk kepada reaksi dia menangis.



Hakikatnya, bukan senang nak buat baik, akan ada sahaja dugaan untuk mematahkan semangat. Buat Zara Zya, anggap saja itu ujian untuk penguat semangat.

Netizen menyingkap kisah yang berlaku kepada pendakwah, Ebit Lew yang juga tidak terkecuali menghadapi dugaan, malah lebih teruk sepanjang misi kemanusiaannya. Hartawan dan dermawan itu pernah juga meluahkan rasa sedih dan mengaku menangis sendiri, namun itu tidak membuatnya berputus asa malah lebih bersemangat.

Tidak cukup dengan misi di dalam negara, dia melebarkan bantuan ke luar negara, terbaharu misi di Gaza, tempat yang paling sukar untuk dimasuki. Sanggup menunggu sehingga sebulan untuk mendapat kebenaran masuk.


Menyokong kempen kibar bendera putih. - Kredit Foto: Instagram Zara Zya.


Zara Zya antara selebriti menyokong kempen kibar bendera putih yang sedang berlangsung. Ternyata dia bukan hanya berkata di mulut, malah disertai dengan tindakan.

Penulis percaya banyak lagi yang sudah memulakan tindakan pelaksanaan, sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

Di sebalik ada pihak tertentu termasuk ahli politik yang membantah idea kibar bendera putih, gerakan membantu sama ada secara perseorangan mahu pun berkumpulan sudah dan sedang berlangsung dalam kalangan orang ramai di seluruh negara. 

Tidak payah tunggu keupayaan seperti tahap pendakwah, hartawan dan dermawan, Ustaz Ebit Lew untuk melaksanakan kegiatan sumbangan kemaanusiaan, sesiapa sahaja pun boleh melakukannya dengan cara tersendiri.

Individu daripada kalangan orang biasa-biasa yang tidak ada upaya untuk bergerak, berjumpa mencari atau pergi ke tempat yang memerlukan bantuan pun boleh melakukannya.



Seorang kawan, pesara guru yang terpanggil untuk berbuat sesuatu, sekadar meuarkan-uarkan kepada kawan-kawan mengajak bersama-sama memberi sumbangan. Wang yang dikumpul diserahkan kepada seorang bekas anak muridnya yang menjalankan kerja di lapangan, memberi barang dan menyampaikan sumbangan derma ke tempat yang memerlukan. Dan anak murid terbabit yang bertugas di lapangan juga mengaku ada menerima kata-kata tohmahan di atas usaha ikhlasnya itu tetapi tidak dipedulikan.

Penulis percaya banyak sebenarnya yang sudah mengatur langkah, tidak perlu tunggu arahan daripada sesiapa mereka terus melakukannya mengikut yang termampu. 

Juga tidak perlu tunggu bendera putih, kerana tidak semua sanggup angkat bendera putih walaupun mereka benar-benar dalam kesusahan. Orang seperti itu perlu dicari,  mereka tidak akan menolak bantuan jika diberi kerana sangat memerlukan.

Juga tidak semestinya dihebahkan kepada umum, cukup menganjurkan dalam kalangan kawan-kawan terdekat atau dalam kalangan orang dikenali yang saling mempercayai, jika dana sendiri tidak berapa nak ada. Yang penting sedikit mana sumbangan yang ada sampai kepada pihak yang memerlukan.

Jika ramai yang menganjurkan usaha seperti itu di sekitar tempat masing-masing, tidak akan ada individu atau keluarga yang kebuluran kehabisan makanan. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested