SELEPAS berjaya dalam bidang keusahawanan, tiba masanya mereka yang berkamampuan untuk berkongsi rezeki dan turun padang membantu golongan yang memerlukan bantuan bagi meringankan sedikit sebanyak keperitan hidup yang dialami mereka yang tidak bernasib baik dalam kehidupan. : KitaReporters
Ibu bapa dan pelajar yang hadir pada sesi pengisytiharan anak angkat syarikat Pointray di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut pada 9 Januari 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan usahanita:
https://kitareporters.com/search?search=usahanita
Seorang usahawan wanita (usahanita) dari Besut, Terengganu tidak putus-putus menabur khidmat dan bakti kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan mengikut keadaan semasa.
Datuk Seri Maziah Musa sememangnya tidak asing lagi kepada penduduk daerah Besut kerana beliau sering membantu penduduk daerah itu sama ada golongan dewasa, ibu tunggal, anak yatim dan pelajar miskin.
Maziah Musa menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terpilih menjadi anak angkat syarikat Pointray
Terbaharu beliau menjejaki golongan pelajar yang memerlukan bantuan persekolahan dengan memilih pelajar untuk dijadikan anak angkat bagi memudahkan beliau menyalurkan pelbagai bantuan persekolahan.
Seramai 70 pelajar termasik 10 pelajar tahfiz dari sekitar daerah tersebut untuk dijadikan anak angkat kepada syarikat miliknya Pointray (M) Sdn Bhd yang akan menerima bantuan peralatan sekolah dan bantuan kewangan sepanjang tempoh pembelajaran pelajar terbabit.
Pelajar terbabit dipilih dari Kampung-Kampung Seberang Kastam, Sentosa, Gong Medan, Padang Cili dan Taman Ehsan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut.
Pelajar yang terbilih menjadi anak angkat Syarikat Pointray hadir pada sesi taklimat.
Satu majlis penyampaian sumbangan berkenaan berlangsung di dewan syarikat tersebut di kawasan perindustrian Gong Medang, Besut pada 9 Januari 2021 yang turut dihadiri pelajar dan ibu bapa masing-masing.
Maziah berkata, setiap pelajar yang terpilih menjadi anak angkat syarikat tersebut berpeluang mendapat biasiswa khas.
MAZIAH MUSA
Katanya, menerusi program itu pelajar tingkatan satu diberi sumbangan RM50 sebulan dan akan menerima bayaran tiga bulan sekali.
“Selain biasiswa pelajar juga akan dipantau
keputusan akademik dan sahsiah diri yang akan diberikan oleh pihak sekolah
masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat pemantauan terhadap pelajar terbabit dari segi kebajikan terutama ketika menghadapi musim perayaan dan pembukaan penggal baharu persekolahan.
Pelajar tahfiz turut dipilih menjadi anak angkat syarikat Pointray
Menurut Maziah yang juga CEO syarikat tersebut , program itu akan diadakan pada setiap tahun
terhadap pelajar yang sama sehingga mereka beroleh kejayaan.
Syarikat Pointray adalah pengeluar tilam form, bantal form, kerusi plastik, langsir, peralatan pejabat dan kelengkapan hotel yang terunggul milik Bumiputera di Pantai Timur. - KitaReporters