Insan & Komuniti 18 May, 2021

Tolong kami! Bantu Nor Harun! OKU, anak perempuan perlu bantuan! Selepas terbabit kemalangan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Nor Harun Abd Kadir sebak ketika menceritakan masalah kehidupan yang dialaminya


SEORANG Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Harun Abd Kadir, 51, dari Kampung Binjai Manis, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, sentiasa tabah mengharungi kehidupan selepas tidak mampu bekerja kerana terbabit dalam satu kemalangan pada 2014 lalu.

Beliau yang mengalami lumpuh selama enam bulan selepas kemalangan itu kini tidak lagi mampu melakukan sebarang kerja kerana tidak dapat bergerak dengan sempurna.


Lagi cerita-cerita usaha amal berkaitan Tolong Kami

Keadaan bilik tidur dan bahagian dapur rumah yang didiami Harun


Harun hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain beberapa sumbangan orang ramai. 

Beliau yang tinggal menyewa di sebuah rumah kecil dan uzur bersama seorang anak perempuan di kampung berkenaan mengunakan bilik tidurnya sebagai dapur. 

"Saya bersyukur kerana mempunyai tempat berlindung daripada panas dan hujan di sini sejak beberapa tahun lalu walaupun dalam serba kekurangan,” katanya.

Menurutnya, walaupun hanya ada dua ruang bilik dan dapur yang kecil sekurang-kurangnya saya ada tempat tinggal.


Rumah usang yang disewa oleh Harun bersama seorang anak perempuannya


Menceritakan bagaimana dia terbabit dengan kemalangan itu, Harun berkata, ketika itu dia mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya di Gong Medang dari Kampung Padang Serai, Guntung. Setiu.

"Tiba-tiba saya dirempuh sebuah bas dan koma selama 3 hari, selama 6 bulan saya terlantar dan selepas setahun barulah saya boleh berjalan walaupun tidak sempurna," katanya.


Harun terpaksa menyusur dinding rumah untuk pergi ke bilik air yang terletak di luar rumah


Dalam pada itu, Harun mengharapkan ada pihak yang sudi membaiki bilik air di rumahnya yang agak uzur.

"Saya memang tidak mampu membaikinya,  bantuan daripada JKM itu hanya cukup untuk makan minum saya saja," katanya, sambil mengharap sebuah bilik air di dalam rumah untuk kemudahannya. 

Harun mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa menyusuri dinding untuk ke tandas yang terletak di luar rumah.

"Saya masih mengharapkan kesihatan saya akan pulih suatu hari nanti bagi membolehkan saya dapat bergerak dengan sempurna dan kembali bekerja," katanya. - KitaReporters


Ruang dapur untuk memasak berhampiran bilik tidur

5
2
27
1
4
You will be interested