Insan & Komuniti 07 Apr, 2020

DEMI RAKYAT!! SULTAN KEMBALIKAN EMOLUMEN

@zaain zin
Wartawan Utusan Malaysia selama 10 tahun. Pernah berkhidmat di Kuala Lumpur, Sarawak dan Kelantan. Kini beralih kepada bidang penyiaran, namun kekal aktif menulis tentang pelbagai perkara.

Share this
DEMI membantu kerajaan negeri meringankan beban rakyat ketikaPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Sultan Kelantan, SultanMuhammad V berkenan mengembalikan Emolumen Diraja selama enam bulan bermulaApril 2020 kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. : KitaReporters

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V 


Kredit: FB @Unit Media Pejabat Sultan Kelantan (https://www.facebook.com/MEDIAPSKN/)


Perkara itu diumumkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, DatukNik Mohd. Shafriman Nik Hassan dalam kenyataan media dikeluarkan di Kota Bharu pada Selasa, 7 April 2020.

Nik Mohd. Shafriman, berkata langkah baginda selari denganpendekatan diambil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah MaimunahIskandariah yang mengembalikan emolumen diraja mulai Mac hingga Ogos 2020.

“Baginda berharap Emolumen Diraja yang dikembalikan diuruskansewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapatmembantu meringankan beban rakyat yang terjejas berikutan PKP dilanjutkan.

“Baginda turut mengingatkan rakyat supaya bekerjasama membantubarisan hadapan dengan mematuhi PKP kerana ia penting bagi melandaikan puncakjangkitan (flattening the curve) dengan melindungi golongan yang mudah terdedahdan mengelak lebih ramai keluarga kehilangan orang yang disayangi,” katanya.


Nik Shafriman juga berkata, Sultan Muhammad V berharap rakyatterus bersabar dan memandang PPK dari sudut positif, di mana mereka bolehmeluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah danberibadat.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kakitanganKementerian Kesihatan dan semua yang terbabit dalam sektor perkhidmatankritikal kerana tidak mengenal penat lelah dan berkorban demi kesejahteraanrakyat Malaysia.

“Baginda turut mengajak rakyat untuk turut sama berdoa ke hadratAllah SWT supaya penularan wabak COVID-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapanyang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dankekuatan dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya. - KitaReporters

8
4
2
0
0
You will be interested