Kisah Insan 20 Jul, 2020

'Frontliners' sumber makanan! YADIM bantu nelayan Terengganu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

NASIB kira-kira 120 nelayan di Terengganu yang terjejas pendapatan harian akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyumbangkan 'foodbasket' (bantuan barangan keperluan) dari agensi berkenaan. : KitaReporters

Nasib nelayan Terengganu mendapat perhatian YADIM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri 


Kesemua mereka turut menerima bantuan berupa sejumlah wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumbangan telah disampaikan pada Program YADIM Peduli: Pasca Musa'adah Covid-19 Warga Nelayan Terengganu di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering pada Ahad, 19 Julai 2020.

Turut disumbangkan pada program tersebut ialah sumbangan berjumlah RM10,000 kepada seorang warga nelayan yang menghadapi musibah kebakaran rumah baru-baru ini.  

Dr Zulkifli memuji usaha YADIM yang menyantuni para nelayan sebagaimana tema YADIM Peduli dan mengharapkan agar bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka, sekurang-kurangnya untuk meneruskan kehidupan dengan sebaiknya.

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang nelayan pada program YADIM Peduli. 


Hadir sama dalam program tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun; Yang Dipertua (YDP) YADIM, Nasruddin Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; dan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Hasil tangkapan laut menjadi sumber rezeki nelayan Terengganu


Sementara itu, menurut Nasruddin Hassan, YADIM bertindak sebagai agensi prihatin dan bertanggungjawab menggerakkan aktiviti dakwah bahkan kebajikan.

"Itulah hasrat kita untuk meringankan beban mereka. 

"Malah nelayan juga adalah 'frontliner' yang membawa pulang sumber bekalan hasil laut ke tanah besar bagi keperluan 'food security' kepada kita umumnya," ujarnya yang dilantik sebagai YDP yang baharu menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz, baru-baru ini.

Untuk rekod, sebanyak RM80,000 diperuntukkan YADIM bagi membantu 1,000 nelayan di 10 kawasan di Terengganu. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested

Video| Dulu Mek Motor sekarang Mek Grab! Husnul Hidayah gemar jadi runner! Aktif aktiviti lasak!

Suri rumah, Husnul Hidayah Hassan, 35, dari Kampung Pacakan, Kuala Besut pilih kerjaya sebagai runner kerana ia beri peluang terbaik untuk dia kenali masyarakat

Mohammad Ishak in Kisah Insan 6 days ago

Video| Remaja maut digilis lori! Mahu bertemu kakak untuk bayar hutang! Dan mohon 'cuti' bekerja!

Allahyarham Danial Haris Rosli, 18, sedang menuju ke rumah kakaknya apabila motornya termasuk ke jalan berlubang lalu terjatuh ke jalan raya dan diheret lori
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 2 days ago

Video| Terima kasih adik! Pilih jaga emak ayah! Sebab kau, abang berjaya! Pengakuan Hafiz Mahamad!

Kerana adiknya, Hafiz Mahamad capai kejayaan dan beliau tidak akan pernah lupa perkara itu. Katanya, kejayaan beliau hari ini adalah inspirasi daripada adiknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago

Allahu! Gagal diberikan cucu! Ibu bapa saman anak kandung dan menantu! Selepas 6 tahun menunggu!

Di Uttarakhand, India pasangan warga emas nekad saman anak lelaki mereka sendiri dan menantu kerana gagal memberikan mereka cucu selepas tunggu lebih enam tahun
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Piala Thomas 2022: Malaysia bantu India cipta sejarah ke separuh akhir? Apa nak jadi? Sampai bila?

Perjalanan skuad badminton negara terhenti pada suku akhir apabila tersungkur di tangan India 2-3 dalam saingan Piala Thomas 2022 yang berlangsung di Bangkok
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 5 days ago