Via turut menyampaikan sendiri sumbangan barangan asasnya walaupun terpaksa membonceng motosikal kapcai pada waktu malam.
Via turut terlibat dalam kumpulan mengumpul dana untuk mangsa Covid-19 melalui penjualan kemeja-T berlogo Covid-19.
Sementara itu, Via yang dihubungi melaluiSkype live dalam rancangan ‘LIDA 2020 Di Rumah Saja’, stesen TV Indosiar, pada Selasa, 12 April 2020, mengatakan tempoh sekatan ini memberi peluang untuk dapat berdekatan dengan keluarga di rumah iaitu ayah, Mohammad Arifin dan ibu, Rosida dan anggota keluarga lain.
Selama ini dia hampir setiap hari mempunyai kegiatan show.
Katanya, tempoh sekatan ini juga memberi peluang kepadanya menyiapkan beberapa bahagian studio rakaman di rumah.
Kredit foto: IG @viavallen
Via yang lahir pada 1 Oktober 1991 masih belum berkahwin dan menumpukan banyak kegiatan nyanyian di Surabaya ketika ramai pedangdut lain bertumpu di Jakarta.
Dia mula menyanyi sejak berusia 15 tahun dan mula popular selepas menghasilkan ‘single’ berjudul ‘Selingkuh' dan menjadi penyanyi lagu tema Sukan Asia 2018 di Jakarta berjudul ‘Mencapai Bintang’.
Dia telah memenangi beberapa anugerah sebagai penyanyi dangdut paling popular termasuk di stesen TV SCTV dan Indosiar.
Via dalam instagramnya meminta orang ramai tetap memakai topeng muka terutama di luar rumah bagi membantu mengurangkan penyebaran virus Covid-19. - KitaReporters