Insan & Komuniti 24 Nov, 2020

Rogol anak angkat 10X! Lelaki beri alasan tanda kasih sayang?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki berusia 53 tahun yang sanggup memperkosa anak angkatnya sendiri. Kejadian yang berlaku di Aceh, Indonesia itu menggemparkan masyarakat di sana yang mengamalkan undang-undang syariah. : KitaReporters 


Lelaki yang disyaki memperkosa anak angkatnya ditahan oleh polis. - Kredit foto: ANTARA/HO-Dok 


Lagi kisah-kisah berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Umum mengetahui Aceh mengamalkan sistem undang-undang syariah. Namun, masih ada yang berani melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang tersebut. 

Lapor portal Antaranews.com, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang tinggal di Kecamatan Simeulue Timur, Kabupaten Simeulue kerana dipercayai telah memperkosa anak angkatnya yang berusia 10 tahun.

Suspek berdepan hukuman penjara 13 tahun sekiranya disabitkan kesalahan. 

Menurut pihak polis, setelah disoal siasat mangsa, suspek didapati telah melakukannya sebanyak 10 kali. Malah, suspek yang dikenali sebagai SDJ turut mengakui perbuatannya itu. 

Menurut suspek, dia memujuk mangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menggunakan alasan kasih sayang.

Kelakuan buruk suspek itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada gurunya di sekolah dan terus melaporkannya kepada polis. Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam biliknya. 


Suspek bakal berdepan hukuman penjara 13 tahun sekiranya didapati bersalah. - Kredit foto: Antaranews.com 


Pihak polis turut menemui bahan-bahan bukti termasuk satu helai pakaian kanak-kanak berwarna kuning tanpa jenama, satu helai seluar berwarna krim dengan motif bunga merah, satu helai seluar dalam kanak-kanak bercorak daun hijau tanpa jenama.

Polis juga menemui sehelai sarung kotak-kotak berwarna biru, dan sehelai seluar lelaki berwarna kelabu.

Semoga pelaku medapat hukuman setimpal dan menjadi pengajaran kepada yang lain. 

Anak adalah amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin tidak kiralah anak kandung, anak tiri atau anak angkat. - KitaReporters

2
0
3
1
21
You will be interested