Insan & Komuniti 05 Oct, 2020

Ustaz Ebit pantas bantu pelajar! Dia pula kena mohon maaf!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

SUNGGUH terharu.... Asal susah dan buntu je, terus mengadu kepada Ustaz Ebit Lew (UEL), dalam sekejap masa saja ada penyelesaian. Tidak kira masalah macam mana sekalipun dan pihak mana penyebabnya, beliau akan tampil memikirkan cara untuk membantu. : KitaReporters

Ustaz Ebit Lew bersama pelajar yang dihantar pulang. - Kredit foto - Facebook Ebit Lew


Lagi cerita-cerita berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


"UEL kesayangan rakyat. UEL pantas selesaikan masalah pelajar. Semoga Ustaz terus sihat dan terus diberikan rezeki yang mencurah, sentiasa dilindungi Allah serta dipanjangkan umur." 

Ulas penulis sewaktu memuatkan naik status baru di Facebook sendiri, berlampirkan status dan gambar Ustaz sedang membantu pelajar dalam satu isu terkini yang sangat terkesan di hati.

"Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Sayu kasihan sangat pada mereka semua.

“Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang DM saya. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI. Ramai lagi insya-Allah saya akan aturkan dari UITM, UHTM, UPSI dan banyak lagi,” tulisnya mengiringi gambar beliau sedang berada di dalam bas, membuat pemerhatian terakhir sebelum bas bertolak menghantar pulang pelajar terbabit ke negeri masing-masing.



Masya-Allah, baiknya UEL!!  Itu komen ramai. Pasti perkataan itu terdetik di hati sesiapa sahaja yang membaca status UEL sedang membantu pelajar yang dalam kesusahan.

Ini berkait isu penangguhan pendaftaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kementerian Pengajian Tinggi, yang ramai sudah tahu. Bukan semua pelajar orang senang, bukan semua dapat beli tiket lain untuk pulang pada masa itu juga.

Justeru beberapa pelajar pantas meluahkan kepayahan mereka dalam media sosial.  Yang tiada kaitan, sekadar baca sahaja, dan menyebut `kesian.’ Yang anak mereka turut terbabit, pantas menyelesaikan masalah anak masing-masing.

Ibu bapa yang tidak berupaya membantu masalah anak yang sudah berada jauh di kampung halaman, sekadar berdoa.

Dalam kekalutan itu, ada pelajar teringat kepada UEL, lalu tanpa silu meminta bantuan. Permintaan mereka tidak keewakan oleh Ustaz.

Ustaz Ebit Liew tidak hanya menolong keluarga susah yang menghuni pondok dan rumah daif, bahkan beliau boleh menyesuaikan pertolonganya dengan apa jua keadaan.


Sebelum bas bertolak, Ustaz Ebit Lew memberi tazkirah ringkas kepada pelajar. Kredit foto - Facebook Ebit Liew


Dalam kes pelajar kali ini, bukan terpencil, bukan seorang dua yang terkesan. Entah berapa ramai pelajar, membabitkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Masalah yang berlaku dalam bentuk `berjemaah’ begitu, lebih lebih lagi diambil kira oleh UEL.

Begitulah UEL, bukan sahaja membantu kepada yang merayu, yang tidak pernah meminta bantuan kepadanya, juga tup tup, UEL terpacul di hadapan mereka, datang untuk menolong, sebaik mendengar berita mengenai kesusahan orang atau keluarga terbabit.

Kenapa UEL cepat sahaja membantu pelajar berkenaan.

“Yelah keadaan semasa negara Covid-19 meningkat dan membimbangkan. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti,” tulis UEL.

Pelajar mendengar pesanan dan kata-kata motivasi daripada Ustaz Ebit Liew, sebelum menaiki bas. Kredit foto: Facebook Ebit Lew.


Ustaz Ebit Lew pernah jadi pelajar dan beliau selalu bercerita, pernah susah sewaktu sedang menuntut. Jadi tentu saja dia faham dengan situasi pelajar berkenaan. Maka itulah, mereka pantas dibantunya.

Kerana arahan berpunca daripada Covid-19, huru-hara pelajar IPT. Bukan saja pelajar, malah individu lain pun terkesan.

Pelajar yang menaiki pengangkutan awam, bersusah payah, naik bas atau keretapi pergi ke kampus, sesampai sahaja kena balik semula, yang mampu boleh berusaha beli tiket untuk pulang.

Yang keluarga susah, apa lagi yang tinggal jauh terutama mereka menggunakan kenderaan pesawat, yang tambangnya mahal, sudah tentu tak mampu.

Ibu bapa yang menghantar anak dengan kereta dari jauh, sesampai sahaja terpaksa bawa anak pulang semula. 

Rumah penginapan atau homestay, yang menerima tempahan penginapan daripada pelajar atau keluarga yang ingin menginap untuk tujuan pendaftaran, kerugian apabila pelajar yang belum sempat datang, membatalkan tempahan. 

Dan banyak lagi pihak-pihak lain yang terkesan yang kita tidak tahu.


Pada 2 Oktober 2020 lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad, mengeluarkan kenyataan media berhubung penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar IPT bagi kemasukan Oktober 2020.

Difahamkan ada pelajar disuruh pulang apabila sampai di IPT, satu situasi yang mengejutkan dan menyusahkan bagi mereka.

Arahan menyebut, semua urusan pendaftaran boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran, membabitkan pelajaran baharu dan lama. 

Apabila terjadi begini, rata-rata tentulah pelajar memilih untuk pulang kerana tidak mahu terkurung di kampus dalam musim wabak, mereka ingin mengikuti pengajian secara dalam talian dari rumah.


Bagaimanapun, Ustaz Ebit Lew kemudian dihubungi pihak UPSI bersabit pertolongannya menghantar pelajar pulang dengan menyewakan bas, justeru beliau merakam permohonan maaf pada hari ini, Ahad, 4 Oktober 2020.

"Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Vice Cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf kepada semua adik pelajar universiti lain juga," tulisnya.

Kata UEL lagi, dengan itu, beliau terpaksa tangguhkan 20 bas lain yang beliau sudah siap sediakan selepas menerima keluhan yang dibuat dan didengar.

"Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas yang saya telah siapkan untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. 

"Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid." 

"Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Saya usahakan Bas besar vvip supaya ada ruang besar sikit ada jarak. Kerusi besar," tambahnya. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested