Insan & Komuniti 09 Oct, 2020

Semua itu Dulu! Sophia Liana ajak semua lupakan kisah Dulu!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

ADAKAH anda masih tidak dapat melupakan sejarah hitam yang menyelubungi kehidupan masa dulu? Kenapa tidak boleh ‘move on’ dan tinggalkan kenangan dulu untuk terus berdepan masa sekarang yang masih panjang. Itulah pesanan penyanyi wanita rap, Sophia Liana melalu lagu terbaharunya ‘Dulu’. - KitaReporters


Lagi cerita-cerita mengenai lagu:

Sehubungan itu, mungkin korang akan tertanya-tanya pula adakah juara Dansa dan Sing (DDS)  ini melalui fasa kemurungan yang sama dahulu?

“Iya, lagu ini diinspirasikan daripda situasi pahit yang pernah saya lalui suatu masa dahulu. Apa yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini adalah untuk maju terus ke depan, berhenti menoleh ke belakang. To move on is to let go of the past,” ulas Sophia yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan wanita terkenal, De Fam yang dianggotai bersama Cik Manggis (kiri) dan Azira Shafinaz (kanan).

Kumpulan De Fam. - Foto kredit IG @defamofficial.

Malah pelantun lagu ‘Ngam’ yang dilancarkan pada Mac 2020 lalu usai mempamerkan bakat nyanyian dan tariannya di pentas DDS, Sophia kini tampil dengan ‘Dulu’ hasil ciptaannya sepenuh bersama adiknya, Fadzril Asyraf atau Ayi Dizon.

Lagu yang dipersembahkan secara ‘sing rap' ini cuba membawa pendengar memahami pengalaman masa lalu dan menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka.

‘Dulu’ membawa mesej tentang pentingnya mencintai diri sendiri dan mengutamakan sahsiah diri dengan melepaskan masa lalu untuk terus bergerak maju ke hadapan.



Bercerita lanjut kata Sopha, “Dalam 'Dulu' saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza dari apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Bukan sahaja penyampaian yang berbeza, malah ia juga lebih bersifat peribadi dalam menceritakan tentang perasaan saya dulu dan sekarang.”

Mengharapkan lagu tersebut diterima positif waima mesej yang cuba disampaikan  mampu membantu seseorang itu memahami bahawa perjalanan hidup mereka waktu dulu itu sudah pun berlalu. 

“Yang penting adalah hidup mereka hari ini dan hari-hari mendatang,” harapan Sophia.


Tidak hanya berbakat dalam rap, menyanyi dan menari,  Sophia juga berkemampuan menulis lagunya sendiri yang terbukti mendapat sambutan ramai apabila single pertama De Fam ‘Supergirls’ mendapat sambutan.

Kini beliau semakin aktif menggilap bakatnya dalam penciptaan lagu bersama adiknya, Fadzril Asyraf malah jika korang nak tahu mereka pernah menghasilkan beberapa lagu ‘freestyle rap’ seperti ‘Assalamualaikum’ (2018) dan ‘Mulut’ (2018) yang dikongsikan dalam saluran YouTube miliknya.

Malah korang mesti tak tahu bahawa pasangan adik beradik ini juga pernah menghasilkan lagu #pastiCLEAR sebagai lagu kempen pengiklanan rangkaian produk syampu Clear tu?

Apa pun jika nak menikmati lagu ‘Dulu’ terbitan bersama Sophia Liana, Lion Music Group dan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula hari ini, 9 Oktober 2020.  - KitaReporters

4
0
0
0
0
You will be interested