Insan & Komuniti 31 Oct, 2021

Video| Disangka pencuri! Warga emas dipukul penduduk! Mahu pulangkan beg duit yang ditemukan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


NASIB malang menimpa ke atas seorang pengutip sampah yang baik hati bernama Caslam dari Desa Cicadas, Kecamatan Jatiwangi, Manjalengka, Jawa Barat yang dibelasah dan dipukul oleh penduduk kampung apabila warga emas itu disangka pencuri.

kejadian dipukul berkenaan berlaku semasa dia cuba memulangkan beg duit yang dtemukan di tepi sungai kepada pemiliknya yang juga seorang peniaga sayur, kampung berkenaan, pada 24 Oktober 2021 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan orang yang baik hati


CASLAM (kiri) yang berhati mulia tetapi disangka mencuri beg duit milik peniaga sayur yang ditemui di pinggir sungai. - Kredit foto : Tribunnews.com


Penduduk kampung terbabit bertindak sedemikian kerana mereka menyangka warga emas berusia 65 tahun itu yang bekerja sebagai pengutip sampah serta besi buruk dan hidup dalam kemiskinan serta terdesak sehingga sanggup mencuri beg duit milik Toto Sukarto, 53.

Kejadian malang itu terjadi di Balai Desa Cibogor, Kecamatan Ligung ketika Calsam datang menemui Toto untuk memulangkan beg duit itu yang ditemukan di tepi sungai. 



Namun, beberapa penduduk yang mengetahui Caslam yang datang untuk memulangkan beg duit itu mendakwa pengutip sampah itu yang mencuri beg duit Toto lalu mereka bertindak membelasah serta memukul mangsa beberapa kali pada kepala sehingga mangsa terjatuh. 

Dipetik daripada laporan TribunBanten.com, 29 Oktober 2021, niat Caslam berhati mulia itu hanya untuk memulangkan beg duit yang dijumpa itu kepada pemiliknya.

Tapi sayangnya sikap mulia itu disangka buruk dan dia tidak menyangka keihklasan tersebut dibalas dengan dipukul oleh beberapa penduduk. Malah mereka menuduh pengutip sampah itu yang mencuri beg duit penjual sayur.



Gambar-gambar daripada video menunjukkan Caslam dipukul pada kepala oleh penduduk. - Gambar kredit: Okezone News


Caslam berkata, dia mengaku tidak ada niat untuk mencuri barangan orang lain tetapi kehadirannya pada hari kejadian itu semata-mata untuk memulangkan beg duit Toto tetapi terdapat penduduk di situ yang menuduhkan dia mencuri beg duit berdasarkan kerjanya yang sentiasa dipandang hina oleh mereka.

‘’Saya hanya menemui beg duit itu di pinggir sungai tetapi disangka pula saya yang mencurinya,’’ kata Caslam.

Caslam memberitahu sebelum itu dia menemui beg duit itu tetapi menyimpan dahulu di rumahnya kerana tidak mengetahui pemilik sebenarnya beg itu.

Namun setelah diketahui pemilik beg duit itu adalah Toto maka dia menyerahkan beg duit itu kepada peniaga sayur tetapi tidak disangka pula semasa dia menyerahkan beg duit itu, ada beberapa warga datang membelasahnya kerana menyangka dia yang mencuri beg duit itu.



POLIS telah menahan beberapa warga yang dipercayai terbabit membelasah pengutip sampah. - kredit foto : Tribunnews.com

‘’Walaupun saya sudah menceritakan keadaan yang sebenarnya tetapi mereka tidak percaya sebaliknya mereka membelasah dan menedang saya selain beberapa kali memukul pada kepala saya,’’ ujarnya.

Caslam memberitahu dia sudah melibatkan diri dalam kerja mengutip sampah serta besi-besi buruk sejak 26 tahun lalu dengan purata pendapatan sehari sekitar Rp30 ribu (RM8.74).

Dengan pendapatan tersebut dapat menampung perbelanjaan isterinya yang kini sedang uzur akibat penyakit strok. - KitaReporters


CASLAM bersama isterinya yang sedang uzur kerana menghidapi penyakit strok di rumahnya. - Kredit foto: Tribunnews.com

10
6
0
18
1
You will be interested