Insan & Komuniti 15 Sep, 2020

Ganasnya! Lagi kejadian buli di sekolah! Tak serik-serik ke?

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

KES buli yang terjadi dalam negara kita semakin menjadi-jadi dan dirasakan mencapai tahap sangat membimbangkan! Entah apalah hendak jadi dengan pelajar-pelajar kita yang masing-masing mahu menunjukkan lagak jagoan ibarat seperti hidup membuas di rimba. : KitaReporters


Mangssa buli oleh rakan-rakan seasrama di sebuah sekolah


Lagi cerita-cerita berkaitan buli:

https://kitareporters.com/search?search=buli


Asrama merupakan platform pelajar melatih diri untuk lebih bermandiri bukan untuk mengasah kekuatan bertahun-tahun membuli atau mendera rakan seasrama atau yang baru masuk.

Fikir sahajalah kita ini kalau dipukul, diterajang, dihempuk berkali-kali tanpa menghiraukan tangisan dan pohonan ampun agar diberhentikan sesegera, mana sifat kemanusiaan kita??

Seperti entri sebelum ini penulis acapkali mengingatkan agar kita selalu ada sifat kasih sayang terhadap permasalahan yang hadir diselesaikan secara mantap tanpa mendahului dengan emosi.

Akhirnya, nah!! Timbullah kes-kes buli dan dera sehingga membawa kepada kematian dan cacat seumur hidup, tak serik ke??

Baru-baru ini telah tular dalam media sosial seorang pelajar dibelasah rakannya beramai-ramai tanpa belas kesian seperti menampar, menerajang dan dipijak-pijak di sebuah bilik yang dipercayai asrama (dorm).

Kelakuan seperti binatang itu sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan tidak bermoral tanpa menghirau jeritan dan tangisan dari si mangsa.


Mohon tindakan drastik dan proaktif dari KPM dan PDRM


Tindakan-tindakan di luar batas ini pastinya memberikan tanggapan yang meliar bagaimana teruknya aktiviti seharian pelajar berasrama sehingga timbul kes yang tak diingini berlaku.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus mengambil tindakan drastik dan proaktif membendung perkara sebegini dari terus berleluasa.

Video berdurasi 6:52 saat ini benar-benar meruntun jiwa dan perasaan ibu bapa yang menontonnya apabila anak yang diharapkan terdidik dengan jayanya diperlakukan sebegitu tanpa ehsan.

Video tersebut turut dikongsikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial Facebooknya dan sehingga kini telah mengumpul sebanyak puluhan ribuan jumlah sukaan dan ribuan lagi respons daripada masyarakat.

Dato Seri Anwar Ibrahim juga kesal apa yang berlaku


Tinjauan komentar pengguna media dalam laman sosial rata-ratanya kesal dan bersimpati terhadap mangsa yang diasak bertubi-tubi tanpa menghiraukan sesiapa sahaja yang berada di situ.

Aksi seperti binatang diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan musibah dan akibat yang akan terjadi apabila disebarluaskan rakamannya.

"Allahuakbar, tidak sanggup tengok hati seorang ibu sedih teramat marah dan sayu melihatkannya. Wajibkan pemasangan CCTV di setiap banggunan asrama," tulis seorang netizen yang kesal dengan keganasan yang berlaku.


Respons netizen di laman sosial 


Bagaimanapun pentadbiran sekolah dan pengurusan asrama dipersalahkan kerana gagal memantau aktiviti murid apabila waktu lapang pada Sabtu dan Ahad semasa berada di dalam bilik asrama.

Sudah pastinya perkara seperti itu akan mengurangkan kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke asrama jika nyawa dan badan bakal diserahkan kepada pelajar yang ganas dan liar yang ada di sana.

Tidak ingatkah kita dengan kes kematian mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain?? Penuntut berusia 21 tahun itu telah dibuli dan didera gara-gara kehilangan sebiji laptop??

Jangan sampai pisang berbuah dua kali, jika mangsa meninggal mandatori pesalah akan digantung sampai mati.

Ibu bapa waspadalah anak-anak anda, kerana sesal kemudian tidak berguna! - KitaReporters

9
4
15
1
21
You will be interested