Insan & Komuniti 26 Sep, 2020

Ada kontak rapat! MB Terengganu kena jalani kuaratin 14 hari

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini menjalani kuaratin wajib selama 14 hari selepas berlaku kontak dengan dua individu yang disahkan positif koronavirus (COVID-19) ekoran tindakan pantas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). : KitaReporters

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


JKNT telah bertindak dengan pantas bagi mengenal pasti dan menghubungi semua yang berkait dengan dua individu yang disahkan positif COVID-19 tersebut. Ekoran itu, menteri besar telah diarahkan menjalani kuarantin wajib selepas berlaku kontak dengan dua individu berkenaan.

Berikutan itu, semua program dan aktiviti yang membabitkan kehadiran beliau telah ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuaratin dalam tempoh 14 hari tersebut. 

Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pihak Jabatan Kesihatan Terengganu sedang membuat pemantauan berterusan berkait dengan kontak berkenaan. 

"Menteri besar juga telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) COVID-19 dan disahkan negatif dan perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat 25 September 2020

 

Kenyataan Media Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu.


Bagaimanapun, katanya, Menteri Besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini secara video dalam talian

Muhyidin berkata, pemantauan berterusan juga sedang dilakukan pihak JKNT dengan penuh dedikasi. 

Menteri Besar yang dijadualkan merasmikan  Program Jualan Malaysia (PJM) Dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)di aras dua, Kuala Terengganu City Centre (KTCC) pada hari ini, Sabtu 26 September 2020, tetapi membatalkan kehadiranya. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan 78 kes melanggar peraturan jualan murah dari Januari sehingga Ogos tahun ini. 

Berikutan itu,Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu merasmikan program berkenaan. - KitaReporters

1
0
0
1
0
You will be interested