Kisah Insan 20 Sep, 2020

Terima kasih Mercy Malaysia! Bantuan untuk Orang Asli Batek!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

TEMPOH ancaman pandemik COVID-19 hampir tujuh bulan cukup memberi tekanan sekali gus telah mengubah senario kehidupan penduduk di negara ini khususnya kesukaran memperoleh pendapatan khususnya yang bekerja di sektor swasta, pengusaha, pekerja harian dan penduduk yang tinggal di luar bandar. : KitaReporters

Status COVID-19 di Malaysia, setakat 19 September 2020. - Kredit foto: @Twitter @DrAdhamBaba


Lagi cerita-cerita berkaitan Orang Asli:

https://kitareporters.com/search?search=orang+asli


Penulis juga turut tersentuh apabila memperoleh maklumat penduduk luar bandar cukup terkesan dengan fenomena ancaman halimunan COVID-19 serta melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terkini dalam fasa pemulihan masih ramai yang berdepan kesusahan walaupun bantuan demi bantuan disalurkan oleh kerajaan.

Bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu majoritinya yang tinggal di luar bandar, tetapi senario yang sama, iaitu  pengalaman hidup susah secara relatif yang diwariskan oleh nenek moyang mereka sebelum ini kini berterusan malah bertambah perit dialami oleh penduduk Orang Asli etnik Batek yang tinggal berdekatan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut

Etnik minoriti itu yang kaya dengan kehidupan 'survival' di hutan dan sebahagian daripada aset sektor ekopelancongan negara menerima 'tempias' penguatkuasaan PKP dan PKPP, sehingga ini masih bergelut dengan kesusahan khususnya perbelanjaan harian menyediakan keperluan dapur dan kebajikan keluarga masing-masing.  

Ini kerana kebanyakan mereka hilang mata pencarian mengambil upah sebagai pemandu pelancong, porter (pembawa barang) dan pemandu bot pelancong di Taman Negara akibat ancaman wabak COVID-19

Sebahagian belia Orang Asli kehilangan pendapatan sebagai 'porter', pemandu pelancong termasuk mencari sumber hutan berikutan ancaman wabak COVID-19 serta tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang menikmati makanan lemang sumbangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Changkung, Hulu Tembeling. - Kredit foto: Roslan Abu Kassim



Manakala, ada sebahagian besar penduduk  berkenaan bersama keluarga masing-masing baharu sahaja keluar daripada hutan banat kerana lari 'bersembunyi' dan menetap sementara kerana takut dijangkiti wabak tersebut berasaskan kepercayaan nenek moyang etnik tersebut. 

Apabila kembali ke tempat penginapan masing-masing, penduduk minoriti tersebut terpaksa memulakan kehidupan baharu dengan serba kekurangan. 

Kesusahan Orang Asli Batek telah pun mendapat perhatian sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar termasuk dari Mercy Malaysia apabila turut menyumbangkan barang keperluan dapur (makanan) di Taman Negara sejak bermulanya PKP dan fasa pemulihan wabak tersebut. 

Wakil Mercy Malaysia dan dibantu oleh sukarelawan Bird Group Taman Negara menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada penduduk Orang Asli di Kampung Dedari, Kuala Tahan, Jerantut. - Kredit foto: Roslan Abu Kassim


Seramai 139 buah keluarga Orang Asli di penempatan berdekatan pusat pelancongan hutan tropika berusia lebih 130 juta tahun menerima bantuan Mercy Malaysia iaitu beras, teh, kopi, mnyak masak, tepung, gula, biskut, sardin, ubat gigi, berus gigi dan sabun mandi. 

Penduduk Orang Asli etnik Batek membantu wakil Mercy Malaysia memunggah barang makanan ke dalam bot penambang untuk diagihkan di enam buah penempatan berdekatan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.


Penerima bantuan tersebut, iaitu penduduk Orang Asli Teresek/Tabung, Kampung Yong, Kampung Dedari, Kampung Aur, Kampung Atok dan Kampung Cangkung.

Sumbangan keperluan dapur telah dihantar ke perkampungan penduduk berkenaan menerusi wakil Mercy Malaysia yang hadir di Kuala Tahan serta bantuan ahli Bird Group Taman Negara (BGTN) yang diketuai oleh Pengerusinya, Roslan Abu Kassim.

ROSLAN ABU KASSIM


Menurut Roslan, barang keperluan dapur dipunggah untuk diagihkan kepada penduduk Orang Asli dengan menggunakan bot penambang Sungai Tembeling kerana ada beberapa buah penempatan Orang Asli jauh dari Taman Negara Kuala Tahan lagipun terpaksa mencari sebilangan penduduk yang masih berpindah ke dalam hutan sejak ancaman wabak COVID-19.

Roslan Abu Kassim memunggah barang keperluan dapur sumbangan Mercy Malaysia menggunakan bot penambang untuk diagihkan kepada penduduk Orang Asli di penempatan pesisir Sungai Tembeling berdekatan Taman Negara Kuala Tahan. -Kredit foto: Roslan Abu Kassim


"Kita (BGTN) selaku pengantara dengan NGO luar telah diminta oleh wakil Mercy Malaysia yang tiba di Kuala Tahan untuk melaksanakan tugas agihan sumbangan ini kepada penduduk berkenaan.

"Saya bersyukur semua sumbangan dapat disampaikan kepada penduduk berkenaan dan kita sangat berterima kasih kepada Mercy Malaysia kerana menghulurkan bantuan keperluan dapur dan nilai kemanusiaan mereka bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini, iaitu Malaysia Prihatin," katanya di Kuala Tahan, Jerantut.

JOHN KUMBANG


Sementara itu, penduduk Orang Asli Kampung Teresek/Tabung, John Kumbang berkata, sumbangan Mercy Malaysia cukup bermakna bagi kehidupan mereka (Orang Asli) dalam tempoh pemulihan daripada ancaman wabak COVID-19.

"Sejak bermula wabak COVID-19 dahulu, kami kehilangan pendapatan apabila operasi pelancongan ditutup sementara dan walapuun dibuka semula tiga bulan lalu, tetapi sebilangan kami masih kekurangan pendapatan kerana cuma kehadiran pelawat domestik sahaja ke sini.

"Mujurlah ada bantuan kerajaan negeri dan NGO luar termasuk Mercy Malaysia serta Sahabat Jariah Malaysia yang tidak putus memberikan sumbangan keperluan dapur. Kami sangat berterima kasih dengan bantuan daripada kerajaan dan NGO tersebut," katanya di Kampung Teresek/Tabung.

Seorang kanak-kanak Orang Asli etnik Batek mengangkat sekampit beras dari bot penambang sumbangan Mercy Malaysia untuk dibawa pulang ke rumahnya. - Kredit foto: Roslan Abu Kassim


SENA SERAMA


Tok Batin Orang Asli Kampung Dedari, Sena Serama berkata, bantuan keperluan dapur dari NGO-NGO berkenaan dapat mengurangkan beban belanja anak buahnya lebih lagi masih belum ramai pelawat yang mengunjungi Taman Negara buat masa ini.

Roslan Abu Kassim (kiri) mewakili Mercy Malaysia mengagihkan bantuan keperluan dapur kepada penduduk Orang Asli di Kampung Teresek/Tabung berdekatan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut. - Kredit foto: Roslan Abu Kassim.


"Saya berharap wabak COVID-19 segera pulih dan keadaan kembali selamat bagi membolehkan kerajaan membuka sempadan bagi pelancong Barat dan Asia ke sini (Taman Negara).

"Punca pendapatan kami diperoleh daripada kehadiran pelancong antarabangsa yang menggunakan perkhidmatan bot penambang, pemandu pelancong, porter dan singgah di penempatan kami untuk melihat cara hidup 'survival' di hutan dan membeli kraf tangan," ujarnya. - KitaReporters

Dua orang penduduk Orang Asli Kampung Dedari sedang menunjukkan cara menghidupkan api antara aktiviti 'survival' di dalam hutan kepada pengunjung di Taman Negara Kuala Tahan. - Kredit foto: TamanNegara.com


Penduduk Orang Asli etnik Batek yang berpindah 'bersembunyi' dalam hutan banat Taman Negara kerana takut ancaman COVID-19 keluar menerima bantuan keperluan dapur daripada wakil Mercy Malaysia.

You will be interested

Laporan polis! Doktor sebabkan bayi lahir kepala terputus?

Seorang ibu, sepatutnya lakukan caesarean, bersalin secara normal di sebuah hospital di Brazil. Akibatnya kepala bayi terputus semasa ditarik keluar oleh doktor

Khabib bersara! Petua Khabib menang 29 kali adalah ayahnya!

Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah. Saya berjanji dengan ibu dan saya perlu tunaikan, hari ini pertarungan terakhir saya dalam UFC - Khabib Nurmagomedov
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 13 hours ago

Pasal hutang beli online game je! Budak bunuh rakan sendiri!

Kerana sakit hati dan marah kepada rakannya yang tak membayar hutang untuk membeli online game, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun tergamak membunuh rakannya
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 19 hours ago

Pesara askar rayu bantuan JKM! Anaknya OKU hidup terlantar!

Pesara tentera, Arrifin Mat Lazim rayu JKM agar bantuan untuk anaknya seorang OKU yang hidup terlantar dan tidak dapat bergerak atau berjalan disambung semula
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bantuan tiba! Untuk berkeperluan di Taman Negara Kuala Tahan

Sumbangan barangan keperluan dapur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan kepada seramai 400 penduduk Taman Negara Kuala Tahan
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 1 day ago