Insan & Komuniti 12 Jun, 2021

Pelajar India dapat A dalam Tasawwur Islam! Tonton dan belajar daripada rancangan Jejak Rasul!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: TV3


SIAPA sangka, rancangan di kaca televisyen telah membantu seorang pelajar India, Sai Easwaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A yang diumumkan pada Khamis 10 Jun 2021. 

Menurut Sai, rancangan seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah dan paling utama adalah Jejak Rasul telah membantu beliau dapat A dalam Tasawwur Islam

Biarpun bukan Islam tapi dapat juga peroleh keputusan yang baik. Memang hebat budak ni!!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peperiksaan SPM



Menurut Ahmad Fedtri Yahya yang bertindak sebagai hos dalam rancangan Jejak Rasul, pelajar itu menonton dan membuat nota. Ini orang kata, menonton sambil belajar.



Bukan setakat itu sahaja, pelajar tersebut siap lakukan puasa enam iaitu puasa sunat bagi orang Islam. Waima dia tahu puasa beliau tidak akan sah tetapi beliau tekad untuk lakukan juga.



Ahmad Fedtri Yahya

Satu pujian kepada adik ini. Kita yang Islam ini pun ada yang tak lakukan. Kita doakan moga terbuka pintu hati dan akan terima hidayah.

Ramai juga netizen yang ucapkan tahniah selain berharap beliau akan terima hidayah satu hari nanti. - KitaReporters





5
0
0
0
0
You will be interested