Insan & Komuniti 10 Jul, 2022

Video| Air mata, lagu Widuri iringi pengebumian Bob Tutupoly! Dimakam di TPU Tanah Kusir, Jakarta!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto: Kumparan.com


TANGISAN air mata serta lagu Widuri mengiringi pengebumian artis legenda Bob Tutupoly di Taman Pemakanan Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta Selatan, Indonesia pada 10.50 pagi (waktu tempatan) 7 Julai 2022 lalu.

Lagu tersebut berkumandang dinyanyikan oleh beberapa pelawat yang hadir ketika petugas mula menutup peti jenazah Bob Tutupoly di tanah perkuburan tersebut.

Selain itu, kedengaran tangisan isteri mendiang, Rosmayati Nasution serta anaknya, Sasha Karina dan sanak saudara terdekat yang mengiringi pemergian artis legenda Indonesia itu.


Lagi cerita-cerita duka berkaitan mendiang Bob Tutupoly


Widuri merupakan sebuah lagu yang begitu popular nyanyian Bob Tutupoly pada era 70-an dan sehingga sekarang lagu tersebut masih lagi diminati semua peminat seni suara.

Mendiang yang berusia 82 tahun meninggal duniapada 5 Julai 2022 lalu ketika sedang dirawat di Rumah Sakit Mayapada, Jakarta Selatan akibat penyakit strok (angin ahmar).


Kredit foto: Kumparan.com


Suasana kesedihan semasa pengebumian artis legenda itu yang dihadiri orang ramai dan sanak saudaranya untuk memberi penghormatan terakhir.

Portal Tribunnews.com pada 7 Julai 2022 dipetik memberitahu Sasha Karina, satu-satunya anak Bob Tutupuly dan Rosmayasuti dikatakan sentiasa berada di sisi jenazah mendiang itu.

Sambil memegang foto ayahnya dan karangan bunga dilihat Sasha Karina sentiasa memeluk ibunya bagi menguatkan semangatnya atas kehilangan Bob Tutupoly itu.

Selepas acara pengebumian jenazah Bob Tutupoly, Rosmayasuti orang pertama menabur bunga putih di pusara mendiang kemudian diikuti Sasha Karina yang turut menabur bunga dengan wajah yang penuh duka.

Sasha Karina berkata, Bob Tutupoly sudah lama hidup menderita akibat penyakit strok dan ayahnya pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di rumah sakit tersebut selama sebulan.


Kredit foto: Tribunews.com


Kredit foto: Kumparan.com


Dalam pada itu, portal Kumparan.com turut melaporkan, sebaik sahaja selesai nyanyian Widuri itu, paderi mengajak semua keluarga dan sahabat handai mendiang untuk berdoa.

‘’Semua keluarga,  sahabat dan ibu Yos (Rosmayasuti). Allah maha kuasa dengar kasih-Nya yang besar telah memanggil kepada-Nya saudara kita, mendiang Bobby Willem Tutupoly (Bob Tutupoly),’’ kata paderi itu.

‘’Sekarang kita akan mengebumikan jenazahnya. Tanah adalah awal tubuh manusia datang dan akhirnya akan kembali menjadi tanah,’’ ucap paderi itu lagi.

Selepas itu, paderi terbabit melempar segenggam tanah ke dalam kubur sebagai simbol Bob Tutupoly telah meninggal dunia dan kembali ke tanah. - KitaReporters 


Kredit foto: Kumparan.com

11
17
1
6
0
You will be interested