Insan & Komuniti 06 Aug, 2021

Harry-Meghan bangga kejayaan buku kanak-kanak The Bench! Mahu terbit filem animasi Pearl pula!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

SELEPAS kejayaan buku kanak-kanak The Bench, Archewell Productions yang ditubuhkan oleh pasangan Putera Harry dan Meghan Markle akan mula menerbitkan siri animasi Pearl untuk siaran Netflix. Filem yang memaparkan perjuangan watak seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Agensi berita NDTV melaporkan, Meghan yang juga Duchess of Susex akan menjadi eksekutif produser, filem itu dihasilkan berdasarkan seorang figura yang menjadi tokoh sejarah dunia akan menceritakan liku-liku cabaran kehidupan harian yang dilaluinya.

Ia dicipta sebagai kempen memperkasakan watak wanita bermula dari zaman remaja yang muncul sebagai hero yang akhirnya mencatatkan nama seorang teragung dalam sejarah dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Meghan Markle



Siri animasi Pearl, judul yang masih `rangka kerja` akan menjadi siri pertama yang diterbitkan oleh produksi bekas kerabat diraja Britain itu, dinamakan sempena anak sulung mereka, Master Archie Harrison. Filem ini juga sebahagian daripada perjanjian kerjasama dengan Netflix yang akan menjadi tapak mereka melangkah dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini, Harry-Meghan terbabit dalam wawancara kontroversi dengan Oprah Winfrey dan mereka juga sudah melancarkan kempen menguruskan kesihatan mental. Kemudian buku kanak-kanak itu dan memuatkan perbualan kali pertama Archie dalam siaran podcast.



Di sebalik tekanan sesetengah pihak istana dan ejekan media serta warga British kepada pasangan itu, syarikat produksi di Amerika Syarikat begitu berlapang dada menerima kontrak bernilai multijutaan dolar termasuk dengan Netflix dan Spotify untuk menyokong kehidupan baru mereka di Amerika Syarikat.

Netflix akan menerbitkan dokumentari dan bersiri, siri rencana, skrip dan program kanak-kanak. Manakala dengan Spotify pula, dua akhbar Evening Standard dan Page Six, melaporkan pada Februari dan 19 Jun 2021, Spotify dilaporkan membayar hampir AS$25 juta (RM105.4 juta) kepada pasangan untuk berinteraksi dalam podcastnya.  

Disebabkan Meghan masih bercuti bersalin, mereka belum dapat menghasilkan banyak program lain. Setakat ini, Harry-Meghan membenarkan syarikat itu merakamkan suara Archie. 


Harry penaung badan amal untuk bekas askar yang cedera. - Kredit gambar: Dailymail.uk


Dalam filem animasi ini, Meghan akan bekerja rapat dengan Carolyn Soper yang terkenal dengan karya animasi "Sherlock Gnomes" dan seorang lagi, Liz Garbus penerbit filem Amerika dengan karyanya, "Lost Girls". Turut membantu mereka ialah David Furnish, penerbit dari Kanada, `suami` Sir Elton John.

Meghan sangat teruja Archewell Productions dapat bekerjasama dengan Netflix dan penerbit terkemuka itu mewujudkan filem animasi yang dianggapnya pengiktirafan sumbangan wanita kepada sejarah dunia.

Sebelum itu, buku kanak-kanak karya Meghan, The Bench, yang dihasilkan berdasarkan puisi cinta pada suaminya sempena Hari Bapa dan akrabnya hubungan Harry dan anak pertama mereka, telah disenaraikan nombor 1 pada The New York Times Bestseller. Antara tajuk dalam buku itu begini,..

"This is your bench. Where you'll witness great joy. From here you will rest. See the growth of our boy." 


Harry  berpakaian askar baru balik dari medan perang dan buku The Bench.


Tahun lalu, pasangan itu turut mengumumkan akan menerbitkan dokumentari bersiri Invictus Games untuk bekas askar lelaki dan wanita yang cedera di medan perang yang badan kebajikannya dinaungi Harry.

Dalam Instagram Archewell by Harry and Meghan, adik kepada Putera William itu turut memberitahu dia sedang berkolaborasi menulis Memoirnya untuk berkongsi pengalaman, kembara, kehilangan ibu dan pengajaran yang membentuk jati diri.


Buku dijangka diterbitkan tahun depan (2021), memaparkan kisah Harry berjuang dua kali di medan perang di Afghanistan, zaman kanak-kanak di istana sehingga sekarang dan keterujaan menjadi suami dan bapa.

"Saya akan bercerita secara ikhlas dan terbuka kepada pembacanya tentang inspirasi, ketabahan dan kisah  motivasi. Semua keuntungan jualan akan didermakan. 

"Saya menulis bukan atas darjat sebagai putera raja tetapi apa yang membentuk saya selama hari ini. Saya melalui macam ragam kehidupan. Dari kehidupan tertinggi hingga biasa-biasa. Membuat silap, mendapat pengajaran, kita adalah sama dan harap anda akan gembira membaca nukilan peribadi. Betul dan benar semuanya," jelas Putera Harry, Duke Sussex. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested