Insan & Komuniti 23 Mar, 2020

NAIK KE BUMBUNG BAGI MOHON BANTUAN ALLAH

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
PENULARAN wabak COVID -19 di seluruh dunia menyedarkan kita tentang kekuasaan dan kebesaran Allah SWT yang Maha Agung lagi Tertinggi. Siapakah kita hamba kerdil lagi hina untuk berbangga dengan Allah?? Siapa engkau?? Siapa aku?? Semasa masa sukar inilah, ramai yang mencari Allah!! : KitaReporters


Tidakkah kita sedar bermacam jenis keegoan, kemunafikan dan keangkuhan telah berjaya Allah lenyapkan dari muka bumi dengan mudah dari sebongkak seperti Firaun dan Namrud, yang diambil nyawa secara hina.

Dengan hanya makhluk kecil bernama virus, setiap yang hidup mudah untuk dimatikan, setiap yang berkuasa mudah untuk ditumbangkan dan setiap yang saling bercakaran akan saling memerlukan antara satu sama lain. 

Ketika ini ramai yang mencuba untuk berinteraksi bersama Tuhan mengadu kesedihan, meminta kesembuhan segera dan meluahkan rasa empati pencipta kepada manusia dengan ujian serta mala petaka yang diturunkan.

Status yang dimuat naik dalam Facebook fanpage Dr Zakir Naik (https://www.facebook.com/muslim.world0987/)


Menerusi satu video dari Facebook fanpage Dr Zakir Naik yang dimuat naiknya, beribu-ribu orang di Maghribi (Morocco) diceritakan telah beramai-ramai ke tingkat atas bumbung rumah mereka untuk berdoa sambil menangis kepada Tuhan bagi segera menghapuskan ujian berat yang dihadapi dunia ketika ini. 

Video yang berdurasi selama seminit itu jelas kedengaran suara tangisan dan ratapan teresak-esak penduduknya sambil menyebut kalimah "Allah huakbar" berulang-ulang kali tanda kebesaran.

Maghribi merupakan sebuah negara penduduknya beragama Islam yang percaya bahawa setiap kejadian dan musibah yang berlaku adalah disebabkan kerosakan dari tangan-tangan manusia itu sendiri.

Admin FB fanpage Zakir Naik itu menulis :

"Teribble sight. People in Morocco go up to the roofs of houses and take refuge in God, may God lift the Corona Epidermic.".


Suara tangisan dan ratapan itu memberikan perasaan hiba yang mengambarkan dunia kini memerlukan bantuan Tuhan untuk menghapuskan virus COVID-19 dari terus merebak dan memakan nyawa hari demi hari.

Posting berkenaan telah menarik pelayar bukan beragama IIslam untuk bersama-sama melontarkan komentar yang sedih terhadap ucapan dan rintihan penduduknya yang diibaratkan mereka sebagai 'bercakap bersama Tuhan'.

Ada juga yang mendoakan kesejahteraan dan kebaikan seluruh manusia di dunia dan berharap agar Tuhan akan berasa simpati dan 'menangis' dengan doa yang diberikan penduduk Maghribi.

Antara luahan dan komen di posting berkenaan : 

"Morocco beautiful country, which city is this? May Allah bless all brothers and sisters everywhere.

"I pray from my Allah that Allah save all of us from Corona virus, it's  a lesson for All peoples that The greatest is only Allah who created this universe.

"Ya Allah your the the only one who can remove this virus from the world, Ya Allah pls remove this virus and keep all of us ave from it. Ameen Ya Rabulalameen.

"Ya allah ya raheem protect us from this pandemic. Ya rabbi we are sinners pls ya allah don't look on our sins ya allah u are most merciful pls have mercy on us ya allah."

Antara respons daripada pelayar Facebook  fanpage Dr Zakir Naik.


Kebergantungan manusia dan Tuhan ketika ini memperlihatkan dunia tidak sepi dari tangisan, airmata dan doa untuk sementara waktu, walaupun ada ketikanya keadaan menjadi huru-hara dan panik.

Justeru kita beragama Islam mempercayai bahawa musibah yang melanda tidak memberikan maksud Tuhan sebagai kejam atau tidak berhati perut, tetapi untuk iktibar kepada manusia agar lebih peka dalam berkasih sayang. 

Sehingga hari ini, sebanyak 305,090 kes yang dicatatkan masih aktif di seluruh dunia dan sebanyak 13,022 kes orang yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat wabak. - KitaReporters


9
2
15
1
1
You will be interested