Kisah Insan 16 Feb, 2021

Video| Kiyai Haji Jajang meninggal semasa alunkan ayat suci al-Quran! Kematian husnul khatimah

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SETIAP insan pasti meninggal dunia dan umat yang beriman inginkan kematian yang husnul khatimah atau berakhir dengan kebaikan. Ajal itu pasti, namun bila ajal akan dijemput hanya Allah yang menyimpan rahsianya.

Baru-baru ini, Allah memperlihat kekuasaannya untuk dijadikan pedoman ramai. Seorang tokoh agama tempatan meninggal dunia ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran tular dalam sejumlah media sosial.

Tokoh agama bernama Kiyai Haji (KH) Jajang KH Busyrol Karim meninggal pada Sabtu, 13 Februari 2021. Kisahnya tular dalam video kejadian yang dimuat naik menerusi akaun IG @generasi_muda_nu_official pada Ahad, 14 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah berkaitan husnul khatimah:

https://kitareporters.com/search?search=husnul+khatimah


Ajal KH Jajang diambil ketika sedang melantunkan ayat-ayat suci al-Quran pada satu majlis akad nikah. - Kredit foto: Paparan video IG:  generasi_muda_nu_official.

Dalam muat naik video berdurasi 1 minit 14 saat itu, terdengar Allahyarham sedang melantun ayat suci Al-Quran.

Terlihat KH Jajang duduk di atas kerusi dan melantunkan ayat suci Al-Quran dengan baik dan lancar. 

Namun tiba-tiba suaranya mulai melemah dan badannya longlai, hingga akhirnya dia terjatuh dari tempat duduknya di atas sebuah pentas.



Berdasarkan keterangan akaun instagram tersebut, KH Jajang meninggal ketika tampil membacakan al-Quran dalam satu majlis pernikahan di daerah Cijenuk, Cililin, Kabupaten Bandung Barat (KBB), Jawa Barat.

Muat turun video itu tokoh agama itu meninggal dengan cara itu meninggalkan kesan mendalam kepada sejumlah pengikut Instagram itu. - KitaReporters

You will be interested

Janji ibu dan SPM! Terima kasih Cikgu Badariah! Semoga pengorbanan Haikal diberi-Nya kejayaan

Cikgu Badariah Mohd Mohaidin balas komen negatif netizen yang persoal kenapa jenazah ayah Muhammad Haikal Iskandar perlu dibawa ke sekolah. Itu janji ibu Haikal

Video| 10 tahun menunggu untuk bertunang! Ajal menjemput beberapa jam sebelum majlis diadakan

28 Feb 2021 sepatutnya hari bahagia bagi Izyan Quratu Aini sebab dia akan bertunang. Namun gadis itu meninggal dunia secara mengejut beberapa jam sebelum majlis
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 15 hours ago

Video| Makan diri kerana selalu sakat! Akhirnya Harris terlepas hadiah daripada ibu sendiri!

Hubungan anak dan ibu selalu rapat. Pelakon Harris Annuar suka sakat ibunya, Zaiton Hassan. Kini giliran Kak Ton pula balas dendam dan Harris ternyata terkena
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 20 hours ago

Terima kasih PESONA, PRESMA! Pek makanan nasi beriani untuk anggota polis IPK Hulu Selangor!

Kelab Pesona Selangor (PESONA) dan Rangkaian Restoran Salam agihkan 200 pek makanan kepada anggota polis, petugas sekatan jalan raya di kawasan Hulu Selangor
Editor KitaReporters in Kisah Insan 22 hours ago

Video| Perkahwinan unik: Pasangan kembar bernikah pasangan kembar! Majlis nikah juga bersama!

Pasangan kembar lelaki, 20, berkahwin dengan pasangan kembar perempuan, 19, secara bersama di Dusun Lebak Gede, Desa Sindanggalih, Cimanggung, Sumedang, Jawa
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago