Kisah Insan 19 Nov, 2020

Atap diterbangkan ribut! 45 keluarga terima bantuan segera!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
SERAMAI 45 keluarga dari dua buah kampung di kawasan Mambau, Seremban yang terjejas akibat ribut diberi bantuan segera oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Setiap keluarga terlibat menerima sumbangan melalui bantuan musibah ribut dan banjir RM1,000 dengan jumlah keseluruhan RM45,000 sebagai usaha meringankan beban keluarga berkenaan untuk memperbaiki rumah masing-masing. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan ribut:

https://kitareporters.com/search?search=ribut


Seramai 25 keluarga yang terjejas akibat ribut pada petang Ahad 15 November 2020 itu dari Kampung Baru 3, manakala 20 keluarga lagi tinggal di Kampung Kayu Ara. Kesemua mereka menerima bantuan segera  pada Selasa 17 November 2020.

Sebahagian rumah penduduk terjejas rosak pada bahagian bumbung kerana diterbangkan angin kencang yang berlaku selama kira-kira 10 minit dengan disertai hujan lebat. 


Para penduduk di Kampung Kayu Ara, Mambau bekerja keras menyiapkan kerja membaiki bumbung salah sebuah rumah yang rosak diterbangkan angin kencang semasa ribut di kampung berkenaan pada 15 November 2020. - Kredit Foto: Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu tidak ada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditubuhkan kerana semua penduduk yang terjejas mengambil keputusan tinggal di kediaman masing-masing selepas kejadian.
Pengerusi, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Mohamed Hussien telah menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas akibat ribut dan meninjau kesan kejadian di kedua-dua kampung berkenaan.
Beliau bersama Setiausaha MAINS, Husaini Mustaffa; Skuad Belo Asnaf dan para pegawai Pejabat Bahagian Agihan Wilayah Utara, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan turut menyumbang bantuan RM10,000 kepada Surau Al-Munawarah di Kampung Batu 3 dan RM5,000 kepada Surau Kampung Kayu Ara yang turut terjejas dalam bencana berkenaan.

Atap rumah yang rosak atau diterbangkan angin terpaksa ditutup dengan plastik besar oleh penduduk terlibat bagi mengelak daripada basah bila berlakunya hujan.


Mohamed Hussien (tengah) menuampaikan sumbangan bantuan musibah ribut dan banjir Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan kepada salah seorang wakil mangsa ribut.

Turut menjayakan pemberian bantuan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kedua-dua kampung berkenaan yang disertai Pengerusi MPKK Kampung Batu 3, Ariffin Osman dan Pengerusi MPKK Kampung Kayu Ara, Mohd Fared Ahmad.

Kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan MAINS atas bantuan bagi membantu meringankan beban penduduk terlibat membaiki rumah yang rosak akibat ribut tersebut. 
Dalam pada itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Lt. Kolonal (PA) Fazlisyah Muslim berkata, selain rumah yang terjejas akibat kerosakkan bumbung yang diterbangkan angin kencang semasa berlakunya ribut, juga terdapat beberapa pokok besar tumbang dan anggota APM dipanggil membantu mengalihkannya. 

Ada antara atap rumah yang diterbangkan angin kencang semasa ribut pada 15 November 2020 tersangkut pada tiang kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Usaha pembaikan rumah-rumah yang rosak dijalankan sejak Isnin, 16 November 2020 dan bancian mengenai kesan kejadian turut dilakukan pihak berkenaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikutan kejadian ribut yang berlaku wakil kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan bantuan segera melalui Tabung Bencana bagi meringankan beban mereka yang terlibat.
Menteri Besar, Dato' Amiruddin Harun berharap melalui bantuan diberikan, ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa dan meminta mereka sentiasalah bertabah dan sabar menghadapinya. - KitaReporters

Para belia turut membantu mengangkat atap untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan bumbung yang rosak akibat diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Kayu Ara, Mambau.

Mohamed Hussien (lima dari kiri) bertanyakan suatu kepada salah seorang penduduk di Kampung Kayu Ara, Mambau yang terjejas akibat ribut. 

0
0
0
0
0
You will be interested

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

Seramai 30 pelajar IKBN Pekan sertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan. Kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Video| Lahir dengan 11 jari, tanpa alat kelamin! Sering diejek, dihina! Ibu bapa reda ketentuan!

Pasangan Haryanto dan isterinya, Dewi Yulianti dari Sungai Landak, Cilincing dikurniakan seorang anak istimewa yang dilahirkan tanpa organ kelamin dan 11 jari
Adnan Mohamad in Kisah Insan 2 days ago

Video| Sempena hari lahir arwah Zulfarhan! Ebit Lew taja kedua-dua orang tua arwah pergi umrah!

Kisah pilu Zulfarhan Osman Zulkarnain dapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang luangkan masa ziarahi kedua-dua ibu bapa arwah dan berikan hadiah tiket, pakej umrah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Ingin pulang ziarah arwah ibu! Tapi terlibat kemalangan maut! Jenazah disatukan dalam lahad sama!

Hasrat anak untuk pulang menziarahi kematian ibunya tak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan dan dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago

Kay terokai lombong emas! Kini bekal mesin dobi layan diri! Bukti ibu tunggal boleh juga hebat!

Datuk Kay bukan status ibu tunggal tidak halang dia berjaya selepas membabitkan diri dalam perusahaan melombong emas mentah di Kuala Lipis, Pahang.
Mohammad Ishak in Kisah Insan 5 days ago