JEPUN terus memiliki sejumlah manusia lanjut usia melebihi 100 tahun. Negara ini terus memegang rekod lanjut usia dalam dalam pelbagai kategori.
Pada Isnin, 21 September 2021, kembar seiras Umeno Sumiyama dan Koume Kodama, berusia 107 tahun dan 300 hari pada 1 September 2021, menjadi pemegang rekod baharu yang diiktiraf oleh Guinness World Records (GWR).
Jika panjang umur, pasangan kembar ini akan berusia 108 tahun kira-kira dua bulan lagi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kembar
Umeno Sumiyama (kiri) dan Koume Kodama, pasangan kembar seiras masih hidup pada usia 107 tahun. - Kredit foto: GWR Japan.
Adik beradik yang lahir pada 1913 ini kini tinggal di pusat penjagaan berasingan dan diberikan sijil yang menunjukkan pencapaian mereka.
“Umeno Sumiyama menangis ketika melihat sijil itu, manakala Koumi Kodama tidak dapat memahami kandungan dan kepentingan sijil itu kerana masalah ingatan,” kata seorang kakitangan pusat penjagaan.
Umeno dan Koume memegang rekod kategori ini apabila pemegang asal meninggal pada usia 107 tahun.
.
Setelah menamatkan sekolah rendah, kedua-duanya terpisah dengan Koume pergi merantau mengikut ayah saudara mereka.
Sepanjang hayat, pasangan ini tinggal berjauhan kira-kira 300 kilometer dan hanya bertemu ketika acara keluarga seperti perkahwinan dan pengebumian.
Namun, setelah berusia 70 tahun, kedua-duanya mula melakukan beberapa perjalanan bersama. - KitaReporters