GARA-GARA mahu membolot kesemua harta, seorang suami tergamak membeli seekor ular tedung berbisa bagi membunuh isterinya sendiri. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kochi, Kerala, India itu menyebabkan polis menahan lelaki yang didakwa melakukan perbuatan tidak berperikemanusian berkenaan. : KitaReporters
Sooraj dan isteri yang dibunuhnya menggunakan seekor ular tedung. - Kredit foto: news.sky.com
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sooraj dikatakan membeli seekor ular berbisa daripada pemikat ular di bandar berkenaan sebelum mencampak ular tedung semasa isterinya, Uthra sedang nyenyak tidur di bilik mereka.
Perbuatan berkenaan
bukan kali pertama dilakukan bagi merampas semua harta miliknya.
Oh suami!!! tergamaknya
kau!!
Mana kasih sayang yang kita bina selama ini.
Sooraj (dua dari kanan) ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya. - Kredit foto: news.sky.com
Menurut Pegawai polis
Ashok Kumar, Sooraj juga dikatakan mendapat idea untuk membunuh isterinya
selepas menonton video berkenaan di Internet.
Selepas Uthra dipatuk ular berbisa itu,
dikejarkan hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Namun selepas beberapa
hari, suami yang berusia 27 tahun itu terus bertanyakan harta isterinya.
Malah Ashok berkata, kes
tersebut terungkai setelah ibu bapa Uthra mengesyaki Sooraj mahu membolot harta
isterinya.
Uthra sebelum ini
berasal daripada keluarga berada, manakala Sooraj pula hanya bekerja di sebuah
bank swasta.
Di India, sekiranya
isteri meninggal semua harta termasuk mahar yang diberikan kepada isteri ‘jatuh’
kepada suaminya.
Polis mengatakan
perkahwinan mereka melibatkan mas kahwin dalam jumlah yang besar iaitu hampir
100 syiling emas, sebuah kereta baharu dan wang tunai 500,000 rupee (RM28,816).
Pasangan berkenaan turut
memiliki seorang anak berusia setahun. - KitaReporters