Insan & Komuniti 04 Jun, 2020

Janji Annuar Musa! Pengusaha macam Che Nah akan diberi lesen

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
"TERIMA kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah.” Demikian ucapan keluar daripada ibu tunggal, Minah Awang, lebih dikenali sebagai Che Nah yang sujud  syukur di sebelah van berniaganya sambil diperhati oleh Menteri  Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa setelah mendapat lesen perniagaan. Berakhir satu penantian selama 35 tahun!! : KitaReporters

Che Nah sujud syukur setelah mendapat lesen berniaga setelah 35 tahun memohon. - Kredit foto: FB Helmi Hanafi.


Penantian mengharukan ini telah dirakam foto-foto yang dimuatnaikan dalam Facebook Helme Hanafi. 

Situasi ini berlaku jam 8 pagi Isnin, 4 Jun 2020, apabila lesen berkenaan diserahkan sendiri oleh Annuar di lot parkir Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Che Nah yang kini menjadi ikon melawan kemiskinan bandar memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi. 

Che Nah berkata, sejak 35 tahun lalu dia sering turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan lesen perniagaan.

Katanya, pelbagai alasan termasuk lesen dibekukan tidak mematahkan semangatnya untuk terus memohon.

Che Nah menerima lesen perniagaan daripada Annuar Musa



“Dulu berniaga bersama suami. Selepas suami meninggal dunia, beliau berdagang sendiri. Gigih memasak dan menjual setiap hari. 

Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya,” kata Che Nah dalam Facebook Helme Hanafi.  

Akhirnya dia kini berjaya berniaga secara sah.

Annuar berharap kegigihan Che Nah menjadi inspirasi perniaga lain


Sementara itu menurut Annuar Musa, ramai lagi penjaja yang gigih berniaga, tapi tiada lesen, boleh mohon dengan DBK dan akan dipermudahkan bagi menyemarakkan kempen "melawan" miskin bandar.

“Saya akan buat pengumuman nanti berapa tempat yang kita akan benarkan seperti yang saya katakan ada 103 lot di Berjaya Times Square,” kata Annuar.

Tambahnya, pihaknya sedang giat melakukan kempen melawan miskin bandar dengan memberi lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga yang memohon lesen menerusi DBKL.

Katanya, kegigihan Che Nah harus dijadikan contoh dan menjadi inspirasi kepada peniaga lain untuk mencari rezeki di sebalik kesusahan hidup yang dialami. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested