Insan & Komuniti 13 Sep, 2023

Video| Acu! Abang rindu! Rintihan anak saudara Hattem Rashdi runtun netizen! Qalef Miqael amat rapat!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this


WALAUPUN sudah lebih seminggu pemergian pelumba drag Muhammad Hattem Rashdi, 22, namun kehilangan anak muda ini masih dirasai bukan sekadar dalam kalangan anggota keluarga namun juga rakan serta kenalan.

Paling merasai kehilangan tiba-tiba Allahyarham Muhammad Hattem ini adalah anak saudaranya, Qalef Miqael Muhd Fuzairie, 9, yang juga merupakan anak kepada kakak keduanya, Noorasyikin Rashdi, 36.

Qalef Miqael yang lebih mesra dengan panggilan abang kepada arwah sememangnya sangat rapat dengan Muhammad Hattem seperti adik beradik.

Namun apa yang meluluhkan hati netizen khususnya video tangisan Qalef Miqael, ‘’Acu! Abang rindu” yang dikongsikan dalam TikTok sebelum ini di kubur Muhammad Hattem yang disemadikan di Masjid Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, Kuala Kedah, Kedah pada 5 September 2023 lepas.

Video itu dikongsikan oleh bapa kanak-kanak berkenaan Muhd Fuzairie Jaafar, 36, dan sehingga kini meraih lebih dua juta tontonan dan mendapat hampir 200,000 tanda suka.


Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi bersama Qalef Miqael Muhd Fuzairie


Menurut Noorasyikin, Qalef Miqael merupakan anak saudara yang paling rapat dengan Allahyarham dan berkongsi minat yang sama iaitu motosikal.

“Pada hari kematian arwah, Miqael yang paling bersedih dan asyik menangis sahaja. Bila teringat menangis, puas kami meredakan sedihnya. Sehari itu dia tak lalu makan dan asyik mengalir sahaja airmata.

“Dulu arwah dan Miqael sangat rapat. Kalau arwah ada di rumah memang melekat sahaja dua-duanya. Kalau buat ‘live’ pun memang Miqael akan ikut sekali. Memang macam adik beradik,” katanya.

Menurut Noorasyikin, kanak-kanak tersebut juga sering mengajak bapanya menziarah kubur arwah di Masjid Kampung Padang Lalang itu setiap hari.


Muhammad Hattem Rashdi (depan, kanan)


Muhammad Hattem meninggal dunia pada Isnin, 4 September 2023 setelah lebih 12 jam bertarung nyawa kerana terlibat dalam kecelakaan ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 di Pekan, Pahang sehari sebelum itu.

Allahyarham yang menceburi sukan tersebut sejak 2016 disahkan meninggal dunia pada 2.29 petang, 4 September tersebut ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang dipercayai akibat pendarahan teruk pada kepala.

Jenayah anak bongsu daripada lima beradik ini selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Padang Lalang, Alor Janggus di Kubang Rotan, Kuala Kedah pada Selasa (5 September 2023). 

Paling mengharukan pemergian remaja berkenaan bukan sahaja ditangisi keluarga dan sahabatnya malah semua yang mengenalinya dalam media sosial.

Upacara pengebumian Allahyarham itu dihadiri lebih 3,000 orang termasuk pengikut media sosial yang datang dari seluruh negara. - KitaReporters


HANYA gambar lama Acu Hattem menjadi pengubat rindu anak saudara kesayangannya, Qalef Miqael.

 

8
14
0
18
0
You will be interested